Thursday, October 30, 2008

~: Ulasan Buku :~

SINOPSIS

Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Bertitik tolak daripada agenda pembaharuan Islam sejak zaman berzaman, buku ini cuba mengupas secara tuntas pembaharuan yang berlaku dalam sejarah Islam merentas aspek sejarah, definisi tajdid dan islah serta ciri asas pembaharuan Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu tentang sejarah dan perjuangan hidup, idea serta pemikiran yang dibawa oleh tiga tokoh penting pembaharuan Islam, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al–Wahhab, Muhammad ‘Abduh dan Hassan al–Banna. Walaupun terdapat kebaikan daripada pembaharuan yang pernah mereka perjuangkan, namun wujud polemik yang mengundang pergeseran antara pengikut tokoh pembaharuan ini dengan golongan arus perdana. Justeru, penulis membincangkan polemik tersebut dengan memberi penekanan kepada bidaah dan konsep pegangan terhadap mazhab.

Buku ini diharap dapat dijadikan wadah panduan dan pedoman kepada umat Islam khususnya ibu bapa, guru, pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi serta para pelajar di peringkat sekolah menengah di Malaysia.

BAB 1 ISLAM DAN PERUBAHAN ZAMAN
Pengenalan
Zaman Rasulullah s.a.w.
Zaman Khulafa’ al–Rashidin hingga pertengahan abad ke–4 H
Zaman pertengahan abad ke–4 H hingga pertengahan abad ke–7 H
Zaman abad ke–7 H hingga zaman penjajahan Barat
Zaman pembaharuan Islam
Rumusan

BAB 2 TAJDID DAN ISLAH
Pengenalan
Definisi dari segi bahasa dan istilah
Definisi menurut al–Quran dan sunnah
Rumusan

BAB 3 CIRI KHUSUS GERAKAN PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKAN
Pengenalan
Dakwah ketuhanan
Tidak mengharapkan ganjaran dunia
Keikhlasan beragama dan beribadat
Sederhana dalam dakwah
Jelas matlamat dan tujuan dakwah
Zuhud dan mengutamakan akhirat
Dakwah tauhid dan keimanan kepada alam ghaib
Rumusan

BAB 4 PENGARUH DAKWAH MUHAMMAD IBN ‘ABD AL–WAHAB
Pengenalan
Riwayat hidup
Ringkasan pegangan dan pemikiran
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh dakwah di Malaysia
Rumusan

BAB 5 PENGARUH PEMBAHARUAN MUHAMMAD ‘ABDUH
Pengenalan
Latar belakang
Faktor pendorong
Gagasan pembaharuan ‘Abduh
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh Pemikiran ‘Abduh di alam Melayu
Rumusan

BAB 6 IDEA DAN PENGARUH PEMIKIRAN HASSAN AL–BANNA
Pengenalan
Riwayat hidup
Situasi masyarakat Mesir
Idea dan gerakan
Idea pembaharuan
Persepsi umum
Pengaruh al–Banna di alam Melayu
Rumusan

BAB 7 BIDAAH: DEFINISI DAN DALIL
Pengenalan
Definisi Bidaah
Dalil wujud bidaah hasanah
Rumusan

BAB 8 SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT
Pengenalan
Pendapat imam mazhab empat
Solat sunat Jumaat satu syariat
Rumusan

BAB 9 TAHLIL DAN DOA ARWAH
Pengenalan
Sejarah dan kandungan tahlil
Hidangan selepas kematian
Doa dan hadiah pahala kepada arwah
Rumusan

BAB 10 SAMBUTAN MAULID AL–RASUL
Pengenalan
Sejarah
Hukum
Dalil penyokong maulid
Dalil penentang maulid
Jawapan terhadap golongan penentang
Rumusan

BAB 11 KEPENTINGAN MAZHAB KEPADA UMAT ISLAM
Pengenalan
Definisi dan sejarah mazhab
Kepentingan bermazhab
Tujuan bermazhab
Ijtihad dalam mazhab
Taklid
Talfiq dan mencari kemudahan
Rumusan

:: untuk tempahan sila tinggalkan pesanan diruang comment ::

Tuesday, October 21, 2008

Kepuasan atau kesedihan??

Syawal yang berlari hampir sampai ke penghujungnya..tetapi kehangatannya masih terasa. Kepuasan terkuis menyelami jiwa kerna syawal kali ini disambut bersama keluarga tercinta..alhamdulillah. Bertitis-titis airmata menyelar jatuh tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. Ku syahdu ku sayu ku pilu.

Sepanjang tempoh keberadaan di tanah bumi tercinta ku manfaatkn sebaiknya, mendalami pelbagai ilmu, menyelami hati dan jiwa masyarakat..apakah kemahuan mereka, dan yang paling penting berbakti kepada kedua ibubapa sementara mereka masih ada.

(personal opinion)
Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju terutamanya dari segi sains dan teknologi..mempunyai ekonomi yang kukuh..masyarakat yang bersopan santun..hidup aman bahagia walaupun berbilang kaum dan agama. Sebagai sebuah negara yang walaupun kecil tetapi nampak gah dimata dunia..Malaysia tidak terlepas daripada permasalahan sosial yang melanda seluruh dunia. Gejala sosial keruntuhan akhlak dan jenayah di kalangan remaja tidak pernah berdiam diri..ia sentiasa berlegar-legar mengelilingi kehidupan masyarakat setiap hari. Kedengaran kejadian bunuh membunuh, zina, rogol, buang anak tidak pernah lekang dari cuping dan bebola mata kita ini. Persoalannya apakah yang terjadi sebenarnya pada masyarakat kita sekarang? Adakah ia satu fenomena alam atau bencana atau kemurkaan Tuhan??

Sakit telinga dan pijar mataku pabila kejadian-kejadian ini kedengaran dicorong-corong berita setiap hari. Ketakutan dan kemarahan silih berganti menyelinap diri ini, malah kebencian pernah memuncak tatkala berita itu diungkapkan...tapi apakan daya kemampuanku ini hanya sekadar itu..pernah Nabi S.A.W bersabda " Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

Bukanlah hendak dikata diri ini terlalu baik, si hina ini pernah juga melakukan kesilapan, dosa dan seterunya..bahkan mungkin lebih teruk daripada mereka itu dan mungkin lebih hina dari seekor domba. Cuma keinsafan dan taubat dapat menyelamatkan diri ini daripada terus terjerumus kelembah kehinaan itu..Pesanan Luqman Al-hakim kepada anaknya " Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT)."

Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama meng' ISLAH' diri kita semua daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran Ilahi..dengan mendalami ilmu-ilmu agama, menghayati amalan-amalan agama dan seterusnya mempraktikan dalam diri kita dan menyebarkannya kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun seluruh dunia..insyAllah.
" Semoga Amalan kita ini diredhai dan diberkati Allah "

Related Posts with Thumbnails