Sunday, January 31, 2010

Gangguan Sosok Ghaib

Salam all guys.. maaf kepada pembaca dan yang selalu follow blog saya ini. Beberapa hari ini tidak dapat hendak update blog kerana sedikit masalah teknikal iaitu komputer. Semalam komputer saya telah diserang satu makhluk yang sangat halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar mahupun mata hati. Serangan itu menyebabkan hardisk saya mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat sehinggakan kehilangan semua data-data dalam otaknya.

Ketika saya sedang lena melayan (eh sesuai ke ayat lena tu..) perlawanan antara Chelsea vs Burnley, dengan tiba-tiba terasa bulu roma meremang serentak. Bagai terasa kehadiran sosok ghaib yang menghuni tempat tersebut (macam ayat misteri nusantara). Plupp...monitor dihadapan mata terpadam. Gelap. Senyap dan sunyi sepi, tiada kedengaran bunyi cengkerik- cengkerik bersiul.

Angin diluar bertiup masuk melalui celah-celah tingkap yang terbuka, menyapa pipi terasa sejuk. Tiupan angin tadi terasa berat bagaikan disertai sesuatu bersamanya. Meremang kembali bulu roma dan bulu-bulu yang sedia ada. Saya memaku diri dikerusi sahaja, tidak bergerak mahupun menoleh.

Keadaan masih lagi terkawal, saya memeriksa bawah seluar takut-takut terasa basah. Ahh.. nasib baik masih kering, jika tidak memalukan satu malaya sahaja. Cuba untuk menoleh belakang tapi terasa berat, bagai ada sesuatu yang sedang memerhati dibelakang. Saya paksakan juga diri ini tapi tiba-tiba teringat cerita Jangan Pandang Belakang Monopoly. Ahh.. sudah, makin berdebar-debar degupan jantung ini. Perlahan-lahan saya menoleh sambil mengerak sedikit badan. Apabila pandangan sudah tertancap ke belakang saya terlihat sesuatu berwarna putih tergantung berhampiran almari. Terus degupan jantung saya semakin kencang, bulu-bulu semakin menegang, dengan sekuat tenaga saya menjerit....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

arghhhh.... JUBAH PUTIHKU,
indah sungguh dipandang mata,
lagi segak disarung juga,
sungguh berseri bila bergaya,
menjadi idaman setiap masa.

p/s : ceritera diatas adalah hanya ilusi semata-mata budak yang belum habis exam lagi.

Memandangkan hardisk saya telah mengalami tekanan jiwa dan kehilangan data-data dalam otaknya dengan ini saya mengisytiharkan PERANG!!! keatas blogger-blogger dan pembaca-pembaca blog ini. Anda dikehendaki menyerang comment artikel ini dengan meletakkan nama berserta url blog anda. Kerana saya telah kehilangan sejumlah besar url blog untuk diblogwalking setiap hari. Sebelum ini hampir 300 blog saya jelajah setiap hari dan saya bookmark'kan di toolbar firefox. Dengan ini saya bermurah hati mewujudkan BLOGLIST untuk sesiapa sahaja yang sudi exchange link. exchange link tau bukan ex sahaja. Dan jika anda sudi dan bermurah jantung silalah mengisi tempat kosong diruangan follower ataupun recent visitors saya ye..Tq luv u all..

Thursday, January 28, 2010

Tips-tips BOOMBASTIC untuk blogger !!

Haha..(ketawa dulu), pasti ramai tertanya-tanya apakah tips-tips yang hendak saya berikan kali ini, boombastik pula tuh.. biasanya para blogger akan memberikan tips-tips bagaimana menaik tarafkan blog mereka ataupun tips bagaimana hendak meningkatkan pelawat @ traffic ke blog mereka. Jadi saya disini pun hendak berkongsi bukan satu, bahkan banyak tips yang boombastic kepada semua blogger dan para pembaca. Pastinya kita sangat-sangat memerlukan tips ini dalam kehidupan kita..ok teruskan membaca ya...

Tips ini sangat boombastic kepada seorang yang bergelar muslim dan ada kaitannya dengan artikel saya sebelum ini iaitu... berkenaan fenomena Dajjal. Apa kaitannya?

Dalam artikel sebelum ini saya ada menyatakan bertapa dahsyatnya fitnah dan kerosakan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Banyak hadis-hadis Nabi yang mengingatkan kita bahayanya fitnah Dajjal dan cara menghindarinya. Haa.. inilah yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua amalan yang dapat menghindarkan kita dari fitnahnya dan dari menjadi pengikutnya. Semoga amalan ini dapat menjaga kita dan keluarga kita semua.. aminn...
Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah ketika duduk solat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau hari Jumaat sesuai hadits berikut:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak dapat atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)

Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)

Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahwa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya karena faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)

Kelima, menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

p/s : Semoga tips dan amalan ini sangat berkesan dalam diri kita dan menjadikan sebagai amalan serta menyebarkan kepada semua muslimin muslimat.

Tuesday, January 26, 2010

2012 ~ Permulaan Dajjal?

Alhamdulillah baru selesai exam paper yang ke-4... Subjek yang agak susah iaitu al-Hadith as-Syarif dari kitab Sunan Zakiyah fi al-Fadhail an-Nabawiyah. 10 perbahasan hadis yang panjang dimuatkan dalam satu kitab, setiap hadis dipecahkan kepada 10 kategori perbahasan lagi. Antara hadis yang menarik berkenaan kelebihan Madinah al-Munawarah. Dalam hadis itu dinyatakan Madinah sebagai pusat pentarbiyahan iman, tempat yang dicintai Nabi S.A.W dan sebagai tempat yang paling selamat ketika turunnya Dajjal membuat fitnah dan kerusakan diseluruh dunia.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا

"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan fenomena Dajjal. Pasti ramai dari kita sudah biasa dengar cerita-cerita berkenaan dajjal ini, kan?!..Ok berbalik kepada tajuk diatas, 2012 ~ permulaan Dajjal?! Kenapa 2012?, ok ini sebagai teori sahaja. Mungkin kebanyakan kita sudah melihat filem box office '2012' yang dewasa ini sedang menarik perhatian sebahagian besar penduduk planet bumi. Apakah sesungguhnya masalah filem ini?

Pertama, filem ini hendak mengkondisikan umat manusia untuk menyakini bahawa end of the time atau apocolypse bakal terjadi pada tarikh tertentu iaitu 21 Disember 2012. Ramalan ini sangat berbahaya dari sudut pandangan aqidah islam. Mengapa? kerana islam mengajar kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun tidak mengetahuinya.

Maka sesiapa yang menonton filem ini lalu menyakini bahawa hari kiamat bakal terjadi pada tarikh 21 Disember 2012 beerti dia sudah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya. Sebab sebagai seorang muslim sentiasa menyakini bahawa Allah Maha Mengetahui perkara nyata ataupun ghaib.

Selain itu filem ini ternyata berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive bertahan hidup sesudahnya dahsyatnya peristiwa hari kiamat. Padahal dalam keimanan islam, kita diajarkan bahawa pada saat Malaikat israfil meniup sangkakala pertama sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahwa semua dimatikan ialah kemudian Malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua sebagai petanda berlangsungnya Hari Pembangkitan iaitu dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya untuk hidup kembali.

َنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ

”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)

Kesimpulanya kita mengetahui bahawa idea disebalik filem ini sungguh mengerikan, kerana ia mengajak penonton mengingkari adanya hari kiamat dalam pengetian aqidah islam. Kiamat menurut prosedur filem peradaban sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga berlangsungnya apocolypse, masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya hari kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal menerajui pimpinan dunia sesudah 2012?

Jika kita buka laman web www.whowillsurvive2012.com yang merupakan 2012- Offical Movie Site, maka bila anda klik kotak berjudul "The Experience", maka anda akan jumpa salah satu kotak pilihan lagi dengan tajuk Vote For The Leader of the Post 2012 World ~ ( pilihlah pemimpin dunia Abad ke 2012). Apakah gerangan maksudnya?

Sungguh membimbangkan kita bahawa gagasan mendasar disebalik filem in ialah keinginan prosedurnya untuk secara implisit mempromosikan kehadiran Sang Penyelamat dunia palsu iaitu Dajjal. Lalu Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung orang-orang yang selamat dari bencana 2012. Sungguh mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai pemilik syurga dan neraka. yakni dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa perlu kepadanya bakal diberikan syurga. Dan barangsiapa yang mengingkarinya bakal dimasukan ke dalam neraka Dajjal.

Sehingga Rasulullah S.A.W bersabda :

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki surga dan neraka. Maka nerakanya adalah surga (Allah) dan surganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)

Wallahualam ~ Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Firaun kecil menganas..

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Negara-negara Africa antara Mesir (Egypt) vs Cameroon. Mesir dibarisi pemain-pemain kelab al-Ahly dan Zamalek, sementara Cameroon dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia seperti Eto', Idrissou, Alex Song dan ramai lagi. Perlawanan yang disiarkan di channel Al-Jazeera Sport 2 pada jam 7 malam waktu mesir bermula dengan rancak.

Pada awal minit ke-26 gawang mesir telah dibolosi satu goal hasil sepakan sudut Emana dan terkena tandukan Ahmad Hassan terus kedalam goal tanpa sempat diselamatkan penjaga goal mesir, Essam Hadary. Rasa tidak puashati membuatkan mesir mengasak keras lalu Ahmad Hassan membalas goal tadi dengan sepakan jauh dari luar kotak penalti pada minit ke-37.

Keputusan seri 1-1 dibawa hingga ke akhir perlawanan dan terpaksa diberi masa tambahan selama 30 minit. M.N Gedo membawa mesir mendahului cameroon apabila membuka jaringan pada minit ke-92 hasil kecuaian pemain pertahanan memberi bola kepada penjaga goal tapi sempat dirampas oleh Gedo dan menyepak bola leret masuk dibawah kelengkang.



Goal kontrovesi pada minit ke 103 apabila Ahmad Hassan mengambil sepakan percuma 37 meter dari gawang terkena palang gol dan jatuh menyentuh sedikit garisan goal tetapi dikira goal oleh pengadil. Mesir mendahului 3-1 sehingga pengadil meniup wisel penamat.

Empat negara yang layak pergi ke separuh akhir :
1) Ghana
2) Algeria
3) Egypt
4) Nigeria

Monday, January 25, 2010

Pemasyhuran Sultan Berjiwa Rakyat

JOHOR BAHRU - Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam dimasyhurkan sebagai Sultan Johor bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat kelmarin.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Istana Besar di sini dengan watikah pemasyhuran dibaca oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda sebelum itu menandatangani watikah pelantikan pada pukul 10.15 pagi bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail, 77, yang mangkat kelmarin.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.
Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Sunday, January 24, 2010

Sultan Mangkat, Sultan Dijulang

Tanggal 22hb januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 hijriah...

Malam jumaat yg hening ini melakar satu titik sejarah Kerajaan Johor apabila berita kemangkatan DYMM
Sultan Iskandar Ibn Almarhum Sultan Ismail diumumkan oleh Menteri Besar johor lewat jam 11.20 malam. Pengumuman dibuat setelah mendapat perkenan pihak istana, Baginda Sultan Johor disahkan mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Almahrum Sultan adalah Sultan Johor yang ke-4 dan pernah menjadi Dipertuan Agong Malaysia yang ke-8. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Makam Mahmoodiah. Majlis pengkebumian yang penuh Istiadat diadakan pada siang hari Sabtu, 23 Januari 2010.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN,

Kami seluruh rakyat johor mendoakan agar roh Almarhum Baginda sultan ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan bertaqwa...aminnn

Tuesday, January 19, 2010

Rahsia Memimpin Wanita

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

Bila al-Quran mula bersuara...

Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi stormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Friday, January 15, 2010

Keganasan Rumahtangga : apa pendapat anda?

Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai satu fenomena yang menjadi perbualan hangat diseluruh dunia samada kepada bangsa kita ataupun bangsa asing. Keganasan rumahtangga adalah suatu musibah yang melanda hampir 60% wanita-wanita diseluruh dunia. Sebagai seorang lelaki saya terpanggil untuk menulis perkara ini bagi berkongsi perkara yang sepatutnya kita sebagai seorang lelaki lakukan. Disini saya terjemahkan hasil penulisan Serge Botans (domestic violence)mengenai musibah ini.

Hari ini merupakan hari reben putih di Australia,hari yang disambut oleh wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan dan penderaan rumah tangga oleh suami ataupun pasangan mereka.

Pada hari ini, hari yang tidak sepatutnya wujud,saya mahu berkongsi pendapat saya tentang keganasan rumah tangga. Saya mahu berkongsi satu perkara yang jika laki-laki mendengarnya
dengan penuh khusus maka keganasan rumah tangga akan berakhir.

Tetapi sebelum itu saya mahu berkongsi tentang cerita saya:
Ketika umur saya 10 tahun, saya tinggal bersama ayah dan ibu tiri saya selama 5 tahun dan pada ketika itu saya di dera secara fizikal dan mental dengan teruk sekali tetapi tidak akan dikongsi bagaimana itu boleh berlaku kerana tidak mahu menyimpang dari artikel asal.

Daripada penderaan itu, ia menunjukkan kepada saya sesuatu dan sesuatu itu yang saya mahu kongsikan kepada anda semua, saya belajar 2 perkara daripada penderaan tersebut dan akan
menceritakan 2 bahagian tersebut sepertimana saya berkata kepada ayah saya

Bahagian 1

"Disebabkan saya menyebabkan anda marah tidak semestinya saya melakukan sesuatu kesalahan"
Ayah saya tidak memahaminya, dia fikir jika saya melakukan kesalahan daripada kesilapan perbuatan atau perkataan saya, saya perlu dihukum.

Tetapi ini menunjukkan apabila saya melakukan kesalahan baru dia akan marah, Dalam ertikata lain saya yang bertanggung jawab menariknya dari segi perbuatan untuk marah,

Tetapi
disini bahagian ke dua muncul..

"Jika kamu marah kerana perbuatan saya, kamu yang berdepan dengan kesalahan itu dan tidak menyebabkan saya keluar dari kesalahan tersebut"
Satu hari ayah saya begitu marah dan menolak saya ke dinding, kaki dan kepala saya berada di lantai, Dia adalah orang yang tidak boleh mengawal emosinya langsung.

Oleh itu dia menjadi marah sehingga menyebabkan keganasan atau penderaaan, dan merupakan kehilangan atau ketidakbolehan mengawal emosi.

Sekarang anda mesti terfikir adakah ini berkait dengan keganasan rumah tangga? lelaki perlu memahami yang:

1: Jika pasangan anda menyebabkan anda marah tidak semestinya pasangan anda melakukan kesilapan atau kesalahan.

Ketika saya membesarkan anak perempuan saya, ada masanya dia menyebabkan saya marah, tetapi disebabkan pemahaman saya pada perkara 1 dan 2 di atas, saya dapat mengatasinya dengan memahami samada anak perempuan saya yang bersalah ataupun kemarahan saya
didorong oleh kesalahan saya sendiri yang kehilangan pertimbangan, salah faham terhadap pelakuannya atau motifnya, atau kesilapan saya dan lain-lain.

Dan boleh saya katakan 99% dari kemarahan saya bukan disebabkan dari kesalahan anak perempuan saya tetapi dari pada diri saya kerana hilang pertimbangan, silap faham dan lain-lain

2. Jika lelaki marah terhadap pasangannya sehingga menyebabkan keganasan, kemudian mereka tidak dapat mengawal emosi dan merekalah sebenarnya perlu dibantu untuk mengawal dan menjaga kemarahan mereka.

Tiada salahnya menjadi marah,kadangkala pasangan kita akan menyebabkan kita marah.
Tetapi perbuatan yang ganas terhadap pasangan adalah lebih kepada ekspressi kita terhadap kemarahan tersebut.Kita menyalahkan pasangan kita yang menyebabkan kemarahan kita,ia
seperti sesuatu hukuman terhadapnya.kerana ia adalah salah satu cara untuk melepaskan kemarahan yang kuat untuk menunjukkan ekspressi tersebut terhadap pasangan kita.

YANG SEBENARNYA SALAH,

Apabila pasangan kita membuatkan kita marah, sebelum kita melakukan apa-apa, kita patut bertanya pada diri sendiri,"apa yang awak lakukan atau apa yang menyebabkan saya marah" kemudian pergi dari situ.

Jadi kepada lelaki, mari menjadi lelaki sejati dan bertanggung jawab atas perbuatan kita, bantulah diri kami jika dan apabila diperlukan, marilah kita menjauhkan diri dari menyalahi
pasangan kita disebabkan oleh masalah kita sendiri, berhenti menghukum orang-orang disekeliling kita kerana kita gagal berhadapan dengan masalah kita sendiri.

Keganasan rumah tangga bukan disebabkan oleh itu semua salah anda tetapi disebabkan oleh lelaki yang tidak boleh berhadapan dengan kemarahan.

Semoga kita dapat berfikir dengan baik dan memperbetulkan salah faham selama ini..

karya asal : Serge Botans (domestic violence)

Thursday, January 14, 2010

Cara mudah menghasilkan Jutaan traffic

Ada kata-kata bijak yang mengatakan "Kejujuran adalah The Best Policy (Kejujuran adalah politik / strategi terbaik)", mari kita buktikan .... Jika konsep keadilan di sini kita dapat digunakan untuk menghasilkan traffic lalu lintas dan popular yang sangat besar dari sebuah metode rumit yang ahli atau webmaster pakar SEO ..? ...

Saya percaya kita dapat dari Anda menerapkan metode ini dengan betul ..., jika ini diterapkan ke web / blog sehingga Anda berdasarkan:

~ Blog Anda akan kesibukan dengan lalu lintas pengunjung yang luar biasa hari demi hari, tanpa anda harus bersusah payah memikirkan SEO atau berpenat-penat untuk promosi kesemua tempat di dunia online.
~ Blog Anda juga akan dibanjiri backlink secara signifikan dari hari ke hari, tanpa bersusah payah link kesemua tempat di dunia Internet.

Hal yang harus Anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik (karena itu adalah SEO untuk web / blog Anda sendiri).

2. Anda hanya cukup menaruh Link di bawah ini untuk artikel yang Anda sebutkan dalam blog / web.

1. Friendster.com@ Facebook.com
2. Google.com
3. Bisnis Online
4. Panduan belajar Wordpress
5. Asli Softare
6. Lirik Musik Indo
7. Asing Music Lyrics
8. Free Templates
9. Jogja-Blogger
10. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
11. pVidia Blog
12. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
13. Bisnis di Internet
14. Blogging-Surfer
15. Tintalughahwi

Peraturan

1. Sebelum anda meletak web2 diatas di komuniti Link ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1, maka link no 1 hilang dari daftar link dan setiap link Anda meningkatkan tingkat 1. yang telah Nombor 2 naik menjadi Nombor 1, yang No 3 sampai No 2, yang No 4 sampai No 3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No 15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link
Jika setiap blogger yang berpartisipasi dalam metode ini berhasil dalam rangkap oleh blogger lain yang akan bergabung, jika hanya 5 blogger yang bergabung dengan Backlink yang Anda dapat:

Bila posisi Anda 15, jumlah backlink = 1
Posisi 14, Jumlah backlink = 5
Posisi 13, Jumlah backlink = 25
Posisi 12, Jumlah backlink = 125
Posisi 11, Jumlah backlink = 625
Posisi 10, Jumlah backlink = 3.125
Posisi 9, Jumlah backlink = 15.625
Posisi 8, Jumlah backlink = 78.125
Posisi 7, Jumlah backlink = 390.625
Posisi 6, Jumlah backlink = 1.953.125
Posisi 5, Jumlah backlink = 9.765.625
Posisi 4, Jumlah backlink = 48.828.125
Posisi 3, Jumlah backlink = 244.140.625
Posisi 2, Jumlah backlink = 1.220.703.125
Posisi 1, Jumlah backlink = 6.103.515.62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Dan semua kata kunci yang Anda inginkan, bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka Anda akan mendapatkan link eksternal 6103515625 dari berbagai blog yang Anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya. Belum lagi jika ada pengunjung ke blog Anda dari Link List yang disebutkan di atas maka Anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog Anda juga.

Ingat! Aturan permainan, Anda harus mulai dari dasar urutan (No. 15), sehingga hasil Anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika Anda tidak mengikuti metode ini dengan betul dan link Anda tiba-tiba berada di urutan No 1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bagian bawah (No 15).

Dapatkah Anda melakukan sesuatu yang tidak adil atau tidak jujur metode untuk sabotase ini, mari kita katakan "menghilangkan semua link asal" dan isi dari link web / blog Anda sendiri ...? Dapat, dan metode ini tidak maksimal. Kejujuran adalah strategi / kebijakan terbaik ... .. Tapi saya yakin bahwa kita semua tidak ingin menjatuhkan kredibility diri sendiri dengan melakukan seperti itu.

OK SELAMAT MENCUBA

artikel asal : MAEL

Monday, January 11, 2010

Syair Simfoni cinta zulaikha


Pelayaran bahtera cinta telah menyingkap hijabku
segala kesirnaan menuntun masuk ke pintu Diri-Mu sendiri
tapi mengapa aku masih mencari air sedangkan aku telah berada di perairan-Mu
biarlah aku terlena di bahtera Nuh ini dihanyutkan benturan gelombang
namum aku tetap tidak akan mengungkapkan rahsia-Mu
atau meresahi banjir yang menenggelamkan gunung-ganang
aku tidak upaya meluluskan diri dari semua ujian empangan-Mu
jika aku lebur menjadi buih-buih di perairan cinta-Mu ini
pandanglah aku dalam makrifat-Mu

seperti Zulaikha merindukan Yusuf
dia telah keluar dari tabir-tabir kerahsiaan
dia sembunyikan segala-galanya di balik matahari, bulan dan bintang-bintang
perempuannya tidak mengerti makna keindahan dalam pertengkaran cinta
dia bawa Yusuf di hadapan mereka yang terpotong jari-jemari
tidakkah kepada Yusuf, telihat kecantikan-Nya
tidakkan kepada Yusuf, Sang Khalik berkata-kata,
'Aku Maha Indah, Kusukakan keindahan'

dari bias keindahan Wajah-Nya
merencahi rempah warna kebun mawar
dengannya kupu-kupu bertebaran mendekati keharuman
saksikan nyala lilin terbakar ribuan kelekatu terlelap oleh api malam
dari percikan sinarnya, mentari berkelana
titik di bawah huruf ba adalah penemuan air
di tengah gurun Sahara di atas wajar air,
beradab rindu tengadahnya kembang dan kiambang
tidakkah nampak pada susuk wajah laila
setiap lembar rambutknya menyingkapi kalbu majnun
Yusuf di penjara, menjadikan Zulaikha resah gelisah
pada tawanan cintanya sendiri
siapa YUsuf jika bukan cermin yang memantulkan
lukisan agung itu
meskipun Kau menyembunyi, ini juga hembusan nafas-Mu
diri persada langit walau dilitupi awan dan gugusan cakerawala
aku dibayangi gunung, gurun pasir, lembah dan kerikil
di jalan setapak aku menemui namaku
tertera di antara kubur-kubur yang telah dilupakan
tidur di wilayah-Mu yang tercinta, adalah berbantalkan
sebelas bintang, bulan dan matahari
kudambakan semuanya sujud
dalam mimpi seorang Yusuf

karya asal : Johar Buang (kidung cinta)

Thursday, January 7, 2010

Sains Futuristik dalam islam

Sains futuristik boleh digambarkan sebagai imaginasi yang melibatkan sains dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang akan mencetuskan sesuatu idea yang hebat dan di luar jangkauan manusia.

Pemikiran futuristik pula adalah kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu secara angan-angan atau khayalan. Sekiranya ia diseiringkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan alat bantu yang sesuai, makan angan-angan tadi tidak mustahil dizahirkan untuk kegunaan manusia.

Manusia sudah lama mengkaji bagaimana untuk mengeksploitasikan alam untuk kegunaan sejagat, daripada penggunaan gas dan petrol untuk tujuan pergerakan kenderaan, ataupun teknologi nuklear untuk penjanaan tenaga atau senjata, sehinggalah penggunaan tenaga suria untuk tujuan tenaga solar bagi sebagai alternatif kepada tenaga elektrik.

Manusia juga telah lama mendarat di bulan, sesuatu yang pastinya menjadi imaginasi dan khayalan manusia suatu ketika dulu.

Evolusi teknologi futuristik juga dilihat berkembang pesat, terutamanya dalam bidang maklumat dan komunikasi. Sistem telefon tanpa wayar (wireless phone) yang berkembang pesat daripada 2G, EGDE, GPRS, 3G, sehinggalah ke 4G yang bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan 'ultra' jalur lebar (kelajuan gigabit) akses kepada internet kepada pengguna telefon selular dan juga talian tetap.

Jarak yang jauh tidak begitu terasa lagi dengan banyaknya perkhidmatan video yang menghubungkan insan tersayang yang jauh di mata.

Kini telefon bimbit bukan sahaja berfungsi sebagai alat perhubungan, malah dimasa hadapan direka untuk pelbagai tujuan kerana ciri-ciri semulajadinya yang mudah dibawa.

Terbaru, telefon digunakan oleh saintis untuk memantau pencemaran alam dengan mengenalpasti jaringan 'kawasan panas' tempat-tempat yang mempunyai indeks udara yang kurang baik dan ini amat penting bagi orang yang menghidap penyakit asma.

Malah telefon skrin sesentuh juga dikatakan bakal digunakan sebagai pengimbas pantas untuk menentukan sakit apendiks. Teknologi RFID juga sedang giat dikaji untuk aplikasi seperti 'Smart Tag', perubatan, dan juga penanda untuk jemaah haji.

Saintis juga sedang mengkaji mereka alat perhubungan kepada pasukan tentera untuk berhubung sesama sendiri dan berkongsi taktik dan video ketenteraan melalui jaringan yang dipasang hanya di topi keselamatan mereka!

Nah, itu baru sahaja mengenai telefon dan komputer. Bayangkan banyak lagi aplikasi dan peralatan yang telah dan bakal dicipta untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Teknologi nano, yang kini hangat diperkatakan sedang cuba dieksploitasi saintis untuk tujuan perubatan, elektronik, pembuatan dan sebagainya.

Penciptaan kereta canggih dan pintar juga bakal popular berikutan isu simpanan gas dan petroleum dunia yang semakin menyusut. Saintis dan jurutera sentiasa mencipta robot atau aplikasi robotik untuk digunapakai dalam bidang perubatan, penjagaan harian, ketenteraan, pembuatan dan sebagainya.

Begitu juga dengan perancangan untuk mewujudkan 'hotel angkasa' dan hotel bawah laut suatu hari nanti. Dengan adanya ilmu pengetahuan dan pengkajian yang mendalam, semua ini dan lain-lain tidak mustahil direalisasikan suatu hari nanti.

Kesalingan antara Islam dan Sains

Justeru, persoalannya adakah Islam menggalakkan perkembangan sains dan pemikiran kreatif? Sesetengah orang berpendapat bahawa agama adalah sesuatu yang statik, dan sains adalah sesuatu yang dinamik. Maka kedua-duanya tidak boleh sealiran.

Apatah lagi sesuatu yang futuristik. Pandangan ini adalah salah sama sekali, kerana Islam dan sains bukanlah sesuatu yang asing. Islam ialah agama yang mendukung faktor a'lamiah (universal).

Rasulullah SAW diutuskan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Faktor alamiah ini telah membuktikan Islam berkembang sebagai suatu tamadun besar dan kemajuannya diterima oleh orang-orang Barat atau Eropah.

Ilmuwan Islam juga mengamalkan tradisi litaarafu atau kekenalan yang menyebabkan suburnya sikap terbuka untuk memperkongsikan aspek-aspek positif tamadun lain iaitu dan Barat dan Timur.

Daripadanya wujud sifat kesalingan (reciprocacity) yang menyebabkan tamadun Islam mampu berkembang hampir 700 tahun.

Asas apa yang telah menyebabkan ilmu sains dan teknologi Islam boleh diterima di Barat kalau tidak kerana manfaat dan sifat-sifat alamiahnya?

Bagaimana pula Islam boleh berkembang ke seluruh alam ini kalau tidak kemampuan agama ini melakukan adaptasi budaya dan tradisi yang didapati tidak bercanggah dengan prinsip dan akidah Islam?

Justeru adalah salah sama sekali tentang anggapan bahawa Islam mengongkong pemikiran umatnya, bahkan ia adalah agama yang menggalakkan tradisi berfikir, mengkaji dan berkreatif.

Di dalam al-Quran juga Allah telah banyak mengungkapkan banyak ayat yang melangkaui zaman. Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.

Pada zaman Rasulullah SAW yang dikenali zaman jahiliah, Allah menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yasin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), pokok menghasilkan bahan bakar (Yasin: 80), dan mengenai altitud dan pernafasan (Al-An'aam: 125).

Begitu juga mengenai fakta bahawa adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32). Justeru, al—Quran telah menceritakan kesemua ini dan banyak lagi untuk manusia mengkaji dan mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Tokoh-tokoh saintis Islam juga telah banyak membawa rekaan, ilmu dan idea yang merentasi zaman. Abbas ibn Firnas contohnya seorang yang pakar dalam pelbagai bidang; kimia, kejuruteraan, muzik, astronomi dan sebagainya. Beliau dikatakan orang pertama untuk mereka payung terjun pada tahun 852M yang menjadi nadi kepada penciptaan kapal terbang selepas itu.

Abu'l Qasim al-Zahrawi juga terkenal dengan alat-alat pembedahan pada abad ke-11 dan cadangannya terhadap penubuhan hospital, dan kita pastinya maklum dengan tokoh perubatan Islam yang masyhur iaitu Ibnu Sina dengan kitabnya al Qanoun fi al Toubb yang telah menjadi rujukan di Eropah dan Latin selama beratus-ratus tahun.

Ini menunjukkan bahawa Islam sememangnya menggalakkan umatnya berfikir, mengkaji serta berusaha untuk memperbaiki diri dan umat.

Related Posts with Thumbnails