Wednesday, January 12, 2011

Ketika Kaki terselut dalam lumpur

Cerita tentang campur-aduk dalam hati ini dan campur-baur niat cerita yang menghairankan dan amat pelik, hingga ia mungkin akan menjerut jatuh seorang yang alim atau seorang da`ie ke bumi hasad dengki sedangkan dia menyangka dia sedang melakukan sesuatu yang baik, dan dia menyangka dirinya sedang berusaha kearah hak yang diperakui syarak atas dirinya. Dalam Ihya Ulum al-Din Iman al-Ghazali memberikan contoh berlakunya kesamaran ini dalam kehidupan akademik, yang boleh kita kiaskan dengan sesuatu yang berlaku dalam medan-medan dakwah. Dalam contoh itu pendedahan bagi rahsia-rahsia jiwa manusia yang para du`at perlu mengetahuinya. Dalam contoh ini juga terdapat gambaran satu bentuk fitnah yang tersembunyi dan para du`at perlu memahaminya.

Al-Ghazali memulakan dengan memberi ingat: Bahawa ransangan bagi kebanyakan orang mengembangkan ilmu ialah kelazatan dapat menguasai, gembira kerana banyak pengikut, keriangan dengan pujian dan sanjungan. Syaitan mengabui pandangan mereka dengan berkata:

“Matlamat kamu ialah menyebarkan agama Allah dan mempertahankan syariat yang telah disyariatkan Rasulullah saw”.

Anda lihat wa`iz (pemberi peringatan) menyebut–nyebut kepada Allah bahawa dia telah memberi nasihat kepada khalayak umum, memberi peringatan kepada para sultan, dia bergembira atas penerimaan manusia terhadap ucapannya dan sambutan mereka terhadapnya, dia mendakwa sangat gembira dengan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk memenangkan agama Allah, namun sekiranya muncul di kalangan rakan sebayanya sesaorang yang lebih baik dalam memberi nasihat dan peringatan yang menyebabkan orang ramai meninggalkannya dan mengarah kepada rakan sebayanya itu dia merasa tidak senanag dan membuatnya rasa duka…Kalaulah yang mendorongnya memberi nasihat dan peringatan ialah agama Allah sepatutnya dia bersyukur kepada Allah kerana telah memikulkan sebahagian bebannya kepada orang lain. Kemudian selepas itu syitan masih tidak akan membiarkannya dan berkata kepadanya:

“ Kamu dukacita kerana pahala telah terputus daripadamu, bukan kerana manusia meninggalkan kamu dan pergi kepada orang lain, kerana sekiranya mereka mendengar nasihatmu tentulah kamu yang akan mendapat pahala, kedukaanmu kerana kehilangan pahala adalah terpuji”.

Wa`iz yang malang ini tidak mengetahui bahawa ketundukannya kepada kebenaran dan penyerahan urusan kepada orang lain yang lebih baik, lebih besar pahalanya dan lebih menjana keuntungan akhirat berbanding jika dia bertindak bersendirian. Saya ingin tahu sekiranya Umar berdukacita apabila Abu Bakar mendahuluinya mengambil tempat menjawat kepimpinan. Apakah kedukaannya sesuatu yang terpuji atau dikeji?. Orang yang berpegang teguh dengan agama tidak ragu-ragu kalau yang yang sedemikian itu telah berlaku nescaya Umar patut dikeji, kerana ketundukannya kepada kebenaran dan penyerahannya akan urusan kepada orang yang lebih berkelayakan daripadanya lebih membawa keuntungan dalam urusan agama berbanding dia memikul kepentingan-kepentingan manusia, sekalipun di samping itu dia akan mendapat pahala yang banyak. Malah Umar sangat gembira dengan kebebasan orang yang lebih layak daripadanya dengan pengurusan itu kenapa pula ulamak tidak bergembira dengan perkara yang sama.

Kadangkala sebahagian ilmuan tertipu dengan kelicikan tipudaya syaitan, lantas dia berbicara kepada dirinya; jika muncul orang yang lebih wajar daripadanya memikul urusan itu dia akan gembira. Pemakluman akan hal sedemikian tentang dirinya sebelum menempuh dugaan dan ujian adalah suatu kejahilan dan keangkohan. Ini kerana jiwa manusia mudah dipimpin memberi janji dalam hal-hal sebegini sebelum urusan itu turun, kemudian setelah mengalaminya dia berubah dan kembali (dukacita) dan tidak menunaikan janji. Semua ini tidak akan diketahui kecuali oleh mereka yang arif tentang kelicikan tipuhelah syaitan dan nafsu serta sudah lama sibuk mengujinya. Maka orang menperkenalkan…..hakikat keikhlasan dan mengamalkannya: adalah laut yang dalam, semua orang lemas di dalamnya kecuali saorang yang pelikl, jarang ada, individu yang ampuh. Mereka inilah yang dikecualikan Allah dalam firmannya: إلا عبادك منهم المخلصين “ Kecuali hamba-hambamu yang ikhlas”. Sesaorang hamba Allah itu sepatutnya sangat memerhati dan menyelidik perkara-perkara yang halus ini, jika tidak dia akan terikut sama menjadi pengikut syaitan sedangkan dia tidak merasakannya”. (Al-Ghazali:Ihya Ulum al-Din 4:381)

Ulangkalikan pemerhatian terhadap satu bentuk perilaku hati ini, nescaya akan terbuka untuk kamu pintu yang luas tentang fiqh al-qulub( pemahaman yang dalam tentang hati-hati) yang dengan izin Allah akan membebaskan anda dari kesempitan/ kesusahan fitnah-fitnah yang mungkin merangsang saorang da`ie bersaing dengan saoran da`ie lain, dia tidak merasa senang dengan kewujudan da`ie itu, bicara dan pengajarannya, tiada disana selain daripada hasad dengki, wal`iyazubillah (semuga di lindungi Allah), lalu dia membuat adudomba terhadapnya kepada kepimpinan.

Kesan hasad dengki jenis ini mungkin terbatas, tetapi tabiatnya membuat hati orang yang hasad sentiasa mendidih, ia akan memamah dirinya, dan syaitan amat ingin mencapai lebih banyak perolehan lagi, lalu dia merangsang saorang yany hasad itu melakukan adudomba antara orang yang dia dengki dan rakan-rakannya, dengan itu kesannya merebak dan balanya menyeluruh/ melata.

Inilah keadaan yang diadukan oleh kebanyakan golongan fukaha’ muslim dan gulungan orang-orang Islam yang mulia, generasi demi generasi, Sesetengah du`at masih mengadu mengenainya, laporan-laporan dan kesaksian mahkamah juga menuturkannya, لا حول ولا قوة إلا بالله

Anda mendengar derita orang didengki berkata:

Dia menyebarkan satu ucapan yang saya tidak pernah ucapkan

Dia melakukan sesuatu yang tidak betul

Hati anda seperti diramas: merasai derita yang ditanggungnya dan anda kecewa dengan keruntuhan akhlak ini.

Kemudian anda berpaling lalu pandangan anda terserempak dengan seorang yang solat berdoa kepada Tuhannya agar melindunginya daripada godaan dalam meriwayat (memindahkan sesuatu maklumat), lantas anda boleh mengkhayalkan betapa muslim ini telah disiksa oleh godaan bermain dengan kata-kata dan kenyataan-kenyataan.

Anda bertanya sejarah tentang perkara yang sangat menyusahkan Abdullah Bin al-Zubair, maka rupanya dia adalah apa yang Al-Afwah al-Awdi terus terangkan dalam ucapannya:

Aku tidak pernah melihat dalam bencana-bencana sesuatu yang amat dahsyat kesan

dan lebih sukar daripada memusuhi seseorang. (al-Sayuti: Tarikh al-Khulafa’ 203)

Anda dapat lihat keluhannya ini semata-mata satu ruas/persimpangan dalam urutan (kehidupan/ peristiwa) yang membawa kepada dirinya di gantung di hadapan kaabah …… sebagai saorang perwira yang tidak mengalah …..

Anda ikuti cerita …. ia berlarutan.

Rawatan perbuatan memburuk-burukan orang lain ini bukanlah dengan memberi nasihat kepada pelakunya, kerana syaitan itu ramai anakpinaknya, takdir menentukan pembiakannya. Mereka dalam kerahsiaan mereka gembira dan megah dengan keturunan mereka. Tetapi rawatan yang berkesan ialah menyekat kepercayaan terhadap orang yang membuat kerosakan yang celupar, memperbaiki sangkaan terhadap orang-orang yang beriman, mengutamakan berita yang anda tahu tentang saudara anda berbanding berita daripada orang yang berbisik di telinga anda. Memgigat kembali sejarah lampau saudara anda yang baik dan menjadikan hari-harinya yang berlalu sebagai bukti.

Mengharap kesedaran orang dipercayai dan kebijaksanaan amir, itulah yang sentiasa menjadi harapan kepada mereka yang dizalimi, seorang dari mereka menggegar semangat saudaranya….. dan terus mara.

Bukankah sebahagian daripada keadilan jika anda sedia mendengarnya

Bolehlah saya mengadu tentang si pembawa cacian yang sedang berusaha

Dia mencipta pembohongan sesuka hatinya

Dia bijak dan berkesan mengolahnya

Kalaulah bukan kerana sentakan sangkaan-sangkaan

Dia ingin atau suka untuk berkata.

Kejianku bukan kepada si penyebar celaan

Tapi kejianku kepada orang yang sadar

Apakah akan mencantikkah persetian si pembawa celaan dibiarkan bermaharajalela

dan kasih sayang diputuskan

Siapa yang mengongsi urusannya dengan orang lain

Kemestian membawanya turut terpedaya
Inilah ungkapan al-Barudi ( Al-Barudi: Diwan al-Barudi 325) orang yang merindui kebebasan, memiliki sekeping hati yang besar, seorang pemilik hati yang kecil menyangka dia telah menewaskannya, namun hari-hari yang berlalu telah menguburkannya dan orang yang merdeka tetap berdiri gagah

Sebelum itu ada seorang yang mencabar, lantas dia melaungkan dengan lantang sebagai saorang yang yakin tentang lembarannya (hidupnya), perbendaharaannya, masa lampaunya dan masa kininya, dia heran dengan perubahan amirnya:

Bukankan engkau ada pengalaman denganku

Engkau terima dariku nasihat yang tidak dibauri tipu

Kau letak kepayahan-kepayahan kepadaku lantas ia ikut penuh kepatuhan

Sekalipun padanya ada keengganan

Segala puji bagi Allah, engkau tidak temui padaku

Sebarang keaiban yang disembunyi atau disebarkan

Itulah bait-bait syair al-Hariri penulis al-Maqamat (Al-Hariri: al-Maqamat 297)

Kajian kedua-duanya bukan kepada pembawa umpatan, tetapi kepada sesiapa yang membiarkan telinganya mendengar.

Nasihat yang dirahsiakan dan dinyatakan tidak dipelihara

Kesungguhan yang dapat mengatasi segala kepayahan tidak membawa syafaat

Pembohongan menewaskan semua yang ada di sana

Berserah kepada Allah suatu jalan keluar

Dialah penentu, Dia mengangkat dan menjatuhkan dan kita akan berhimpun disisinya

Namun manusia kebanyakan mereka gopoh.

Kedudukan yang baik bukan dengan anda mendapat gelaran atau diletakkan dihadapan, tetapi kedudukan yang baik ialah dengan kita mendapat tempat di hati-hati golongan mukminin dan malaikat langit menyeru penduduk bumi: sesungguhnya Allah telah mengasihi si fulan, lantas kamu kasihilah dia.

Pimpinan kita bagi kehidupan, itulah maksud kepimpinan, bukan kedudukan-kedudukan pertanggungjawaban yang kita telah diletakkan didalamnya mengikut pengagihan tugasan dakwah dan yang diberikan oleh amir dakwah.

Pembina kehidupan memijak gelaran dengan kakinya dan menghancurkannya, dia terus membina kehidupan dari titik kepakaran, kemahiran dan kriativiti

Dia kaya jiwa, tidak perlu kepada sesaorang untuk memenuhkan jiwanya

Orang yang meminta tanggungjawab-tanggungjawab, gelaran-gelaran dakwah, perwakilan dan kepimpinan ke atas orang-orang mukmin dia adalah orang yang lemah, tidak bagus ilmunya, tidak juga kepakaran dan tidak juga kemahiran. Dia miminta diganjari dengan diberikan gelaran-gelaran, dia bergadoh, berselisih, berjuang tanpa capaian-capaian lalu. Dia penuhi ruang legar dengan bisik-bisikan dan desas-desus. Sedangkan orang yang berkemampuan terus maju dengan kemajuan seorang yang penuh yakin (Muhammad Ahmad Rasyid: Sina`at al-Hayat 64)

sumber : dakwahinfo

Saturday, January 1, 2011

Kembali Bernafas dengan lega...

Sekian lama blog ini terbiar dipenuhi sesawang yang menghiasi... jangan salahkan jari malas menari, jangan salahkan mata malas mengerdip dan jangan salahkan otak malas berfikir. Salahkanlah diri ini yang dilanda tsunami kemalasan yang amat dashyat, disusuli ribut taufan yang menghembus kencang serta ombak laut menghempas badai. Justeru itu dengan berbekalkan keazaman maka kerajinan perlu digembeling untuk melahirkan sebuah keutuhan peribadi yang cemerlang, gemilang dan terbuang terkacak.

Kita sudah pun melangkah ke dunia tahun baru 2011, meninggalkan 2010 yang penuh kontrovesi dan kenangan. Sebahagian orang mempunyai azam-azam baru untuk diterokai dimasa hadapan, mencari ilham, semangat dan kekuatan agar tidak kecundang seperti masa lalu. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai kejayaan pada masa lalu, tidak hanya mengenggam azam dahulu malahan meng'update'kannya agar selari dengan perkembangan semasa supaya terus berjaya dan mencapai bintang yang hendak digapai.

Tarikh 1.1.11 (01 Januari 2011), ramai yang menempanya untuk dijadikan tarikh keramat dalam kehidupan mereka seperti majlis perkahwinan, kelahiran dan lain-lain. Bagi saya tarikh itu tiada apa-apa keistimewaan melainkan telah menjadikan saya seminggu sebagai seorang suami kepada seorang muslimah yang bernama isteri. Dengan sekali lafaz, sahlah saya diijabkabulkan pada 25hb Disember 2010 bersamaan 19 Muharram 1432h. Alhamdulillah syukur atas nikmatNya yang meredhai daku menyempurnakan lagi sebahagian dari seluruh agamaku.
Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Tugas dan tanggungjawab semakin mencabar, ditambahi dengan bebanan... bukan bebanan tetapi peranan sebagai seorang suami untuk memikul dosa dan pahala si isteri, mendidiknya serta memimpinnya ke jalan yang diredhai Allah. Inilah sebuah perkahwinan yang terhidang dihadapannya cabaran dan dugaan, terdapat pasang surutnya ujian untuk ditempuhi bersama-sama agar tidak kecundang dipertengahan.


Sudah semestinya tugas seorang suami itu dengan sedar membawa isteri, keluarganya ke arah didikan yang disarankan oleh Nabi saw. Kehidupan bersunnah membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kewajipan dilaksanakan bertemakan al-Quran dan al Hadith menjadi pembimbing dan penghujah di akhirat kelak. Itulah dia suami yang menjadi idaman sang isteri, kental dan bijak dalam menguruskan sebuah kekeluargaan yang harmoni bersuri bauan syurgawi.

Persepsi diri perlu diperbaiki, konsisteri diri wajib digendali... adakah ini satu transformasi kehidupan yang digarisi sebuah kematangan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diterokai... dimohon para suami-suami diluar sana untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman agar diri ini tidak tergelincir dari landasan seorang suami.
Related Posts with Thumbnails