Wednesday, December 31, 2008

Sesegar embun Muharram..

Muharrram baru sahaja menjengahkan kakinya..menandakan masuknya ke alam tahun baru hijrah iaitu 1430 Hijriah meninggalkan 1429H yang lalu. Seakan tidak terasa, waktu berjalan dengan cepat, hari berganti hari, bulan, dan tahun berlalu silih berganti seiring dengan bergantinya siang dan malam. Tahun kebesaran umat islam sempena penghijrahan baginda Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekkah ke kota Madinah. Tahun yang penuh kebanggaan dan kemegahan, dalam meniti arus kehidupan yang penuh onak dan cabaran.
Awal Muharram disambut dengan penuh pengharapan dan keimanan bagi memohon keampunan pada yang Esa. Doa akhir tahun dan awal tahun dibaca pada malamnya, diisi dengan ibadah-ibadah sunat seperti membaca Al-Quran, solat hajat dan lain-lainnya bagi mendapat keberkatan dariNya. Muharram, yang merupakan bulan pertama dalam Kalender Hijriah, termasuk diantara bulan-bulan yang dimuliakan (al Asyhurul Hurum). Sebagaimana
firman Allah Ta’ala :
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya terdapat empat bulan haram." (At- Taubah :36).

Keutamaan dan amalan
Bulan Muharram merupakan suatu bulan yang disebut sebagai “syahrullah”(Bulan Allah) sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW, dalam sebuah hadis. Hal ini bermakna bulan ini memiliki keutamaan khusus kerana disandingkan dengan lafdzul Jalalah (lafadz Allah). Para Ulama menyatakan bahwa penyandingan sesuatu pada yang lafdzul Jalalah memiliki makna tasyrif(pemuliaan), sebagaimana istilah baitullah, Rasulullah, Syaifullah dan sebagainya. Rasulullah bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah yaitu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim)
Di bulan ini juga disunatkan kita berpuasa bermula dari awal muharram sehingga tarikh sepuluh muharram dan padanya terdapat sebuah hari yang dikenal dengan istilah Yaumul
'Asyura, yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. Asyura berasal dari kata Asyarah yang berarti sepuluh. Pada hari Asyura ini, terdapat sebuah sunnah yang diajarkan Rasulullah saw kepada umatnya untuk melaksanakan satu bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala. Yaitu ibadah puasa, yang kita kenal dengan puasa Asyuro. Adapun hadis-hadis yang menjadi dasar ibadah puasa tersebut, diantaranya :

1.Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda :
Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
2. Ibnu Abbas ra berkata :
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as Syura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
3. Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka Baginda bertanya : "Hari apa ini?. Mereka menjawab :“ini adalah hari istimewa, kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“Maka beliau nerpuasa dan memerintahkan shahabatnya untuk berpuasa. (H.R.
Bukhari dan Muslim)

Muharram vs Azam..
Dalam meniti tahun baru ini juga ramai diantara kita berlumba-lumba memperbaharui azam mereka. Membentuk azam yang lebih baik dari sebelumnya, yang dahulu tidak tercapai oleh cita-cita. Adakah setiap kali datangnya tahun baru, maka perlu kita memetik azam baru?!..tidak sama sekali..bahkan tahun baru hanya sebagai wasilah pembakar semangat baru, jika azam yang dahulu tidak tertunai, maka peningkatan diperlukan untuk tahun seterusnya. Sebuah keazaman perlulah datang dari naluri yang suci bersih supaya ia tidak dinodai oleh noktah-noktah hitam yang menghantuinya sehingga tidak dapat digapainya. Sebuah azam baru itu bagaikan sesegar embun muharram yang menitis jatuh membasahi bumi milik yang Esa. Dingin dan syahdu.

Maka dengan itu marilah kita bersama-sama renungkan dan memperbanyakan amalan serta ibadah kita bagi mencapai keredhaan dariNya. Wallahualam.

Friday, December 19, 2008

Tadhiyah itu Pengorbanan..

Bergemanya takbir memecah angkasa, sayup kedengaran di seluruh pelusuk dunia, Allahu akbar..Allahu akbar..Allahuakbar..walillahilham. Hari ini merupakan hari kegembiraan bagi semua umat islam diseluruh dunia. Aidiladha kembali menjelma menjanjikan seribu erti dan pengorbanan bagi setiap insan,kemeriahan dan kegembiraan disambut dengan keimanan penuh rasa syukur pada Rabbul Izzati yang mengurniakan nikmat sejuta rasa ini.
Tiada lafaz yang terucap, tiada kata yang tertancap melainkan panjatan doa penuh kesyukuran atas peluang yang diberikan untuk kembali merasai kenikmatan ini. Nikmat sebuah pengorbanan dalam meniti kehidupan sebagai seorang insan di atas pentas dunia. Dunia yang penuh lakonan, di sinilah pengorbanan diperlukan dan di situlah pengorbanan dihamburkan. Biarpun genre-genre lakonan tidak menghibur, biarpun ia mencair sepi..tetap pengorbanan itu akan melebur.
" Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra, sejati dan mulia..." dendangan lagu milik suara emas seniman terkenal menjadi satu semangat dalam perjuangan yang diharungi. Biarpun harta setinggi gunung, nyawa seluas lautan tanpa ada pengorbanan kasih dan mesra ibarat debu-debu berterbangan ditiup angin lalu.
Tadhiyah itu pengorbanan?persoalan yang seringkali berlingkar difikiran, membuat otak buntu membatu. Mencari apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tadhiyah itu?..fikir dan fikirkanlah...

Thursday, October 30, 2008

~: Ulasan Buku :~

SINOPSIS

Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Bertitik tolak daripada agenda pembaharuan Islam sejak zaman berzaman, buku ini cuba mengupas secara tuntas pembaharuan yang berlaku dalam sejarah Islam merentas aspek sejarah, definisi tajdid dan islah serta ciri asas pembaharuan Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu tentang sejarah dan perjuangan hidup, idea serta pemikiran yang dibawa oleh tiga tokoh penting pembaharuan Islam, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al–Wahhab, Muhammad ‘Abduh dan Hassan al–Banna. Walaupun terdapat kebaikan daripada pembaharuan yang pernah mereka perjuangkan, namun wujud polemik yang mengundang pergeseran antara pengikut tokoh pembaharuan ini dengan golongan arus perdana. Justeru, penulis membincangkan polemik tersebut dengan memberi penekanan kepada bidaah dan konsep pegangan terhadap mazhab.

Buku ini diharap dapat dijadikan wadah panduan dan pedoman kepada umat Islam khususnya ibu bapa, guru, pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi serta para pelajar di peringkat sekolah menengah di Malaysia.

BAB 1 ISLAM DAN PERUBAHAN ZAMAN
Pengenalan
Zaman Rasulullah s.a.w.
Zaman Khulafa’ al–Rashidin hingga pertengahan abad ke–4 H
Zaman pertengahan abad ke–4 H hingga pertengahan abad ke–7 H
Zaman abad ke–7 H hingga zaman penjajahan Barat
Zaman pembaharuan Islam
Rumusan

BAB 2 TAJDID DAN ISLAH
Pengenalan
Definisi dari segi bahasa dan istilah
Definisi menurut al–Quran dan sunnah
Rumusan

BAB 3 CIRI KHUSUS GERAKAN PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKAN
Pengenalan
Dakwah ketuhanan
Tidak mengharapkan ganjaran dunia
Keikhlasan beragama dan beribadat
Sederhana dalam dakwah
Jelas matlamat dan tujuan dakwah
Zuhud dan mengutamakan akhirat
Dakwah tauhid dan keimanan kepada alam ghaib
Rumusan

BAB 4 PENGARUH DAKWAH MUHAMMAD IBN ‘ABD AL–WAHAB
Pengenalan
Riwayat hidup
Ringkasan pegangan dan pemikiran
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh dakwah di Malaysia
Rumusan

BAB 5 PENGARUH PEMBAHARUAN MUHAMMAD ‘ABDUH
Pengenalan
Latar belakang
Faktor pendorong
Gagasan pembaharuan ‘Abduh
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh Pemikiran ‘Abduh di alam Melayu
Rumusan

BAB 6 IDEA DAN PENGARUH PEMIKIRAN HASSAN AL–BANNA
Pengenalan
Riwayat hidup
Situasi masyarakat Mesir
Idea dan gerakan
Idea pembaharuan
Persepsi umum
Pengaruh al–Banna di alam Melayu
Rumusan

BAB 7 BIDAAH: DEFINISI DAN DALIL
Pengenalan
Definisi Bidaah
Dalil wujud bidaah hasanah
Rumusan

BAB 8 SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT
Pengenalan
Pendapat imam mazhab empat
Solat sunat Jumaat satu syariat
Rumusan

BAB 9 TAHLIL DAN DOA ARWAH
Pengenalan
Sejarah dan kandungan tahlil
Hidangan selepas kematian
Doa dan hadiah pahala kepada arwah
Rumusan

BAB 10 SAMBUTAN MAULID AL–RASUL
Pengenalan
Sejarah
Hukum
Dalil penyokong maulid
Dalil penentang maulid
Jawapan terhadap golongan penentang
Rumusan

BAB 11 KEPENTINGAN MAZHAB KEPADA UMAT ISLAM
Pengenalan
Definisi dan sejarah mazhab
Kepentingan bermazhab
Tujuan bermazhab
Ijtihad dalam mazhab
Taklid
Talfiq dan mencari kemudahan
Rumusan

:: untuk tempahan sila tinggalkan pesanan diruang comment ::

Tuesday, October 21, 2008

Kepuasan atau kesedihan??

Syawal yang berlari hampir sampai ke penghujungnya..tetapi kehangatannya masih terasa. Kepuasan terkuis menyelami jiwa kerna syawal kali ini disambut bersama keluarga tercinta..alhamdulillah. Bertitis-titis airmata menyelar jatuh tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. Ku syahdu ku sayu ku pilu.

Sepanjang tempoh keberadaan di tanah bumi tercinta ku manfaatkn sebaiknya, mendalami pelbagai ilmu, menyelami hati dan jiwa masyarakat..apakah kemahuan mereka, dan yang paling penting berbakti kepada kedua ibubapa sementara mereka masih ada.

(personal opinion)
Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju terutamanya dari segi sains dan teknologi..mempunyai ekonomi yang kukuh..masyarakat yang bersopan santun..hidup aman bahagia walaupun berbilang kaum dan agama. Sebagai sebuah negara yang walaupun kecil tetapi nampak gah dimata dunia..Malaysia tidak terlepas daripada permasalahan sosial yang melanda seluruh dunia. Gejala sosial keruntuhan akhlak dan jenayah di kalangan remaja tidak pernah berdiam diri..ia sentiasa berlegar-legar mengelilingi kehidupan masyarakat setiap hari. Kedengaran kejadian bunuh membunuh, zina, rogol, buang anak tidak pernah lekang dari cuping dan bebola mata kita ini. Persoalannya apakah yang terjadi sebenarnya pada masyarakat kita sekarang? Adakah ia satu fenomena alam atau bencana atau kemurkaan Tuhan??

Sakit telinga dan pijar mataku pabila kejadian-kejadian ini kedengaran dicorong-corong berita setiap hari. Ketakutan dan kemarahan silih berganti menyelinap diri ini, malah kebencian pernah memuncak tatkala berita itu diungkapkan...tapi apakan daya kemampuanku ini hanya sekadar itu..pernah Nabi S.A.W bersabda " Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

Bukanlah hendak dikata diri ini terlalu baik, si hina ini pernah juga melakukan kesilapan, dosa dan seterunya..bahkan mungkin lebih teruk daripada mereka itu dan mungkin lebih hina dari seekor domba. Cuma keinsafan dan taubat dapat menyelamatkan diri ini daripada terus terjerumus kelembah kehinaan itu..Pesanan Luqman Al-hakim kepada anaknya " Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT)."

Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama meng' ISLAH' diri kita semua daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran Ilahi..dengan mendalami ilmu-ilmu agama, menghayati amalan-amalan agama dan seterusnya mempraktikan dalam diri kita dan menyebarkannya kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun seluruh dunia..insyAllah.
" Semoga Amalan kita ini diredhai dan diberkati Allah "

Tuesday, September 23, 2008

tarikh keramat ramadan ini..

Salamzz..
Selamat kembali..dh lama rasenye xup-up date blog ini..asik down jerk..huhuu Photobucket..disebabkan ke'buzy'an yg terlampau...ampun maaf kepada semua rakan-rakan pembaca...Photobucket

Hurm...xtau ler nk tulis ape yerk..kemalasan nak fikir masih menguasai diri ini...iskh2..teruk tul mamat sorang ini..Photobucket

ok2lah..hurm..bersempena bulan ramadan ini..tulisla jgk pasal ramadan kan2..tp aper yer (mls tul nk fikir) jap2..nk fikir nii...kekangwan tlg fikirkan jap leh tak ( iskh mls lg mamat ni) heheheee..Photobucket

Haa..nk cite ni..dalam bulan ramadan ini ada dua tarikh penting dalam my hidup...firstly pd 17hb ramadan semestinya ialah peristiwa Nuzul al-Quran al-Karim...jom kite cite2 pasal nuzul al-Quran ini...Photobucket

Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

hurm..nk tulis panjangla sgt...byk cite ni..senang2 korang bace ler sendiri kt cn yerk hehe...KILK SINI..memang pemalas mamat ni rupenye...Photobucket

oklah..peristiwa yg kedua ialah pd 16hb ramadan sehari sebelum nuzul al-Quran ler..iaitu my birthday dalam bulan islam...bermakna umo ku sudah bertambah ler erkk...Photobucket

teringat pulak cmne ler my mum lahirkan ku dlm bulan ramadan ini..cian dia kn2..cmne jgk doktor n nurse2 ni sambut kelahiran ku yerk...iskh cian2 kt diorang pose2 pun kene keje...biorlah yg penting baby macho ni nk kuar tgk dunia...hehe..Photobucket

dh ler itu jerk nk bebel2 ni...sebenarnye xde idea ni hehehe...k wasalam..Photobucket

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan itu milik kita..


Sedar tidak sedar sudah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Sepanjang bulan ini sejak dari awal lagi semestinya kita tidak melepaskan peluang keemasan yang berharga ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan. Beruntunglah bagi orang yang menggunakan masa ini sebaiknya untuk meningkatkan amalan-amalan mereka samada yang wajib ataupun yang sunnah..

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Jadi apakah sebenarnya tujuan kita berpuasa?? Secara jelasnya al-Quran menyatakan tujuan berpuasa yang hendak diperjuangkan adalah untuk mencapai ketaqwaan atau la'lallakum tattaqun. Dalam rangka memahami tujuan tersebut perlu digariskan beberapa penjelasan dari Nabi S.A.W " Banyak di antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu dari puasanya kecuali lapar dan dahaga. Ini bermakna bahawa menahan diri dari lapar dan dahaga bukan tujuan utama dari puasa ini. Ini dikuatkan lagi dengan firman-Nya bahawa " Allah menghendaki untuk kamu kesenangan bukan kesusahan"

Puasa merupakan satu ibadah yang unik. Tentu saja banyak segi keunikan puasa yang dapat dikemukakan, misalnya bahwa puasa merupakan rahsia antara Allah dan pelakunya sendiri. Bukankah manusia yang berpuasa dapat bersembunyi untuk minum dan makan? Bukankah sebagai insan, siapa pun yang berpuasa, memiliki keinginan untuk makan atau minum pada saat-saat tertentu dari siang hari puasa? Nah, kalau demikian, apa motivasinya menahan diri dan keinginan itu? Tentu bukan karena takut atau segan dari manusia, sebab jika demikian, dia dapat saja bersembunyi dari pandangan mereka. Di sini disimpulkan bahwa orang yang berpuasa, melakukannya demi karena Allah Swt. Demikian antara lain penjelasan sementara ulama tentang keunikan puasa dan makna hadis qudsi di atas.


Nabi Saw. bersabda, "Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, nescaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan."

Saturday, August 23, 2008

Majlis TafaQQuh FiDDin..


Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat sekalian...

Mulai 22hb ogos 2oo8 ini telah bermula Majlis Pengajian Tafaqquh Fiddin bersama As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki...

Majlis ini merupakan majlis pengajian yang terbesar yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia Di Mesir bersempena bulan Ramadhan yang akan berkunjung tiba ini..Photobucket

Majlis akan diadakan di Asrama Terengganu Mesir dan kelas secara online dibawakan khas oleh Al-Muttaqin TV...untuk lihat kelas secara online click disini

Jadual pengajian adalah seperti dibawah ini.....


Bersempena bulan ramadahan yang mulia ini marilah kita sama-sama "Mencerna ilmu Memperkasa Amal"...wohaaa..Photobucket

Thursday, August 21, 2008

haruskah begini...

Jujur dalam kehidupan ini tidak hanya kata-kata manis yang akan sering kita terima, cacian dan makian adalah makanan yang akan kita terima, dalam menggapai mimpi banyak orang yang telah berjaya mampu menjadi berjaya kerana siap dan telah menerima cacian dan Makian.

"Bodoh kamu!", antara lain adalah perbendaharan makian yang harus kita terima begitu mengambil pilihan atau melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki orang-orang dekat kita. Barangkali kita kehilangan warisan kerana menikahi pasangan yang tidak disukai orang tua atau dipulaukan dari lingkungan pejabat. Strategi dan kebijakan/langkah baru yang cuba diambil disambut dengan cemuhan. Apalagi sebagai orang baru, "Semakin tahu semakin mampu buat" menjadi kosa kata yang harus kita akrabi. Makian-makian seperti sebongkah tahi kerbau yang dilemparkan di muka kita.

Mutasi,pengurangan tunjangan, bahkan pemecatan adalah ancaman yang menunggu di depan mata sewaktu kita memilih untuk memperjuangkan apa yang benar, memperbaiki kekeliruan dan menegur yang salah. Tidak seorangpun menyukai itu. Kita umumnya lebih suka mendapat tepuk tangan, kocek yang selalu penuh, warisan banyak serta posisi yang bagus dengan menjadi orang patuh dan menjadi orang yang diam di hadapan ketidakberesan.

Untuk hidup sepenuhnya, menyeberangi arus makian dan bisik-bisik karena mencintai kebenaran. Menjadi berjaya dan berhasil pasti perlu, tapi lebih baik lagi jika kita hidup sepenuhnya, yakni dengan menjadi pencinta dan pelaku kebenaran. Mencintai kebenaran bagaikan mendaki ke puncak gunung; makin naik ke atas kita makin merasa sendiri, khuatir, takut jangan-jangan akan jatuh. Akan tetapi, segera sesudah sampai di puncak kita mengalami kebebasan yang paling penuh….berdiri memandang ke bawah dengan leluasa.

Semoga anda tidak pernah jemu untuk mencuba hal-hal baru di lingkungan anda, menjadi kritis dan berpandangan jauh ke depan meski harus banyak dicaci maki. Kelak ketika anda berhasil membuktikan pilihan anda, makian-makian tadi berganti menjadi samudera senyuman dan penerimaan, lengkap dengan permintaan maaf orang banyak.

Kalau anda belum pernah dimaki, ada dua kemungkinan. Satu, anda adalah orang yang paling penakut di dunia ini. Kedua, anda sebenarnya sudah dimaki, tapi karena sudah membuktikan pilihan anda, anda tidak dimaki lagi. Maka anda orang yang paling berani di dunia ini.

Jadi terkadang cacian dan makian akan sering kita dengar jika kita ingin menggapai kejayaan jika anda yakin dan percaya bahwa yang anda lakukan adalah tepat, teruslah berjalan dan hadapi cacian dan makian tersebut, maka suatu saat cacian dan makian tersebut akan berubah menjadi pujian. ayuh terus berjuang mari kita membuat langkah awal dalam menggapai mimpi dengan menerjang cacian dan makian.

"mendapat pujian membuat orang terlena dan lemah, mendapat cacian membuat orang sedar dan berubah kuat

~ :: moga kita sentiasa tabah menghadapi kehidupan yang mencabar penuh dengan onak duri ini ::~

Monday, August 18, 2008

antologi rumput dan kasih sayang...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

abc


ABC
A Friend
A-Accepts you as you are
B-Believes in you
C-Calls you just to say `HI'
D-Doesn't give up on you
E-Envisions the whole of you(even the unfinished parts)
F-Forgives your mistakes
G-Gives unconditionally
H-Helps you
I-Invites you over
J-Just `be' with you
K-Keeps you close at heart
L-Loves you for who you are
M-Make a difference in your life
N-Never judges
O-Offers support
P-Picks you up
Q-Quiets your fears
R-Raises your spirits
S-Says nice things about you
T-Tells you the truth when you need to hear it
U-Understands you
V-Values you
W-Walks beside you
X-X-plain thing you don't understand
Y-Yells when you won't listen
Z-Zaps you back to reality
Thank You For Being Such A Good Friend

Saturday, July 19, 2008

thE ziKiR

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Related Posts with Thumbnails