Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai satu fenomena yang menjadi perbualan hangat diseluruh dunia samada kepada bangsa kita ataupun bangsa asing. Keganasan rumahtangga adalah suatu musibah yang melanda hampir 60% wanita-wanita diseluruh dunia. Sebagai seorang lelaki saya terpanggil untuk menulis perkara ini bagi berkongsi perkara yang sepatutnya kita sebagai seorang lelaki lakukan. Disini saya terjemahkan hasil penulisan Serge Botans (domestic violence)mengenai musibah ini.Hari ini merupakan hari reben putih di Australia,hari yang disambut oleh wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan dan penderaan rumah tangga oleh suami ataupun pasangan mereka.
Pada hari ini, hari yang tidak sepatutnya wujud,saya mahu berkongsi pendapat saya tentang keganasan rumah tangga. Saya mahu berkongsi satu perkara yang jika laki-laki mendengarnya
dengan penuh khusus maka keganasan rumah tangga akan berakhir.
Tetapi sebelum itu saya mahu berkongsi tentang cerita saya:
Ketika umur saya 10 tahun, saya tinggal bersama ayah dan ibu tiri saya selama 5 tahun dan pada ketika itu saya di dera secara fizikal dan mental dengan teruk sekali tetapi tidak akan dikongsi bagaimana itu boleh berlaku kerana tidak mahu menyimpang dari artikel asal.
Daripada penderaan itu, ia menunjukkan kepada saya sesuatu dan sesuatu itu yang saya mahu kongsikan kepada anda semua, saya belajar 2 perkara daripada penderaan tersebut dan akan
menceritakan 2 bahagian tersebut sepertimana saya berkata kepada ayah saya
Bahagian 1
"Disebabkan saya menyebabkan anda marah tidak semestinya saya melakukan sesuatu kesalahan"
Ayah saya tidak memahaminya, dia fikir jika saya melakukan kesalahan daripada kesilapan perbuatan atau perkataan saya, saya perlu dihukum.
Tetapi ini menunjukkan apabila saya melakukan kesalahan baru dia akan marah, Dalam ertikata lain saya yang bertanggung jawab menariknya dari segi perbuatan untuk marah,

Tetapi
disini bahagian ke dua muncul..
"Jika kamu marah kerana perbuatan saya, kamu yang berdepan dengan kesalahan itu dan tidak menyebabkan saya keluar dari kesalahan tersebut"
Satu hari ayah saya begitu marah dan menolak saya ke dinding, kaki dan kepala saya berada di lantai, Dia adalah orang yang tidak boleh mengawal emosinya langsung.
Oleh itu dia menjadi marah sehingga menyebabkan keganasan atau penderaaan, dan merupakan kehilangan atau ketidakbolehan mengawal emosi.
Sekarang anda mesti terfikir adakah ini berkait dengan keganasan rumah tangga? lelaki perlu memahami yang:
1: Jika pasangan anda menyebabkan anda marah tidak semestinya pasangan anda melakukan kesilapan atau kesalahan.
Ketika saya membesarkan anak perempuan saya, ada masanya dia menyebabkan saya marah, tetapi disebabkan pemahaman saya pada perkara 1 dan 2 di atas, saya dapat mengatasinya dengan memahami samada anak perempuan saya yang bersalah ataupun kemarahan saya
didorong oleh kesalahan saya sendiri yang kehilangan pertimbangan, salah faham terhadap pelakuannya atau motifnya, atau kesilapan saya dan lain-lain.
Dan boleh saya katakan 99% dari kemarahan saya bukan disebabkan dari kesalahan anak perempuan saya tetapi dari pada diri saya kerana hilang pertimbangan, silap faham dan lain-lain
2. Jika lelaki marah terhadap pasangannya sehingga menyebabkan keganasan, kemudian mereka tidak dapat mengawal emosi dan merekalah sebenarnya perlu dibantu untuk mengawal dan menjaga kemarahan mereka.
Tiada salahnya menjadi marah,kadangkala pasangan kita akan menyebabkan kita marah.
Tetapi perbuatan yang ganas terhadap pasangan adalah lebih kepada ekspressi kita terhadap kemarahan tersebut.Kita menyalahkan pasangan kita yang menyebabkan kemarahan kita,ia
seperti sesuatu hukuman terhadapnya.kerana ia adalah salah satu cara untuk melepaskan kemarahan yang kuat untuk menunjukkan ekspressi tersebut terhadap pasangan kita.
YANG SEBENARNYA SALAH,
Apabila pasangan kita membuatkan kita marah, sebelum kita melakukan apa-apa, kita patut bertanya pada diri sendiri,"apa yang awak lakukan atau apa yang menyebabkan saya marah" kemudian pergi dari situ.
Jadi kepada lelaki, mari menjadi lelaki sejati dan bertanggung jawab atas perbuatan kita, bantulah diri kami jika dan apabila diperlukan, marilah kita menjauhkan diri dari menyalahi
pasangan kita disebabkan oleh masalah kita sendiri, berhenti menghukum orang-orang disekeliling kita kerana kita gagal berhadapan dengan masalah kita sendiri.
Keganasan rumah tangga bukan disebabkan oleh itu semua salah anda tetapi disebabkan oleh lelaki yang tidak boleh berhadapan dengan kemarahan.
Semoga kita dapat berfikir dengan baik dan memperbetulkan salah faham selama ini..
karya asal : Serge Botans (domestic violence)


