Sunday, January 31, 2010

Gangguan Sosok Ghaib

Salam all guys.. maaf kepada pembaca dan yang selalu follow blog saya ini. Beberapa hari ini tidak dapat hendak update blog kerana sedikit masalah teknikal iaitu komputer. Semalam komputer saya telah diserang satu makhluk yang sangat halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar mahupun mata hati. Serangan itu menyebabkan hardisk saya mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat sehinggakan kehilangan semua data-data dalam otaknya.

Ketika saya sedang lena melayan (eh sesuai ke ayat lena tu..) perlawanan antara Chelsea vs Burnley, dengan tiba-tiba terasa bulu roma meremang serentak. Bagai terasa kehadiran sosok ghaib yang menghuni tempat tersebut (macam ayat misteri nusantara). Plupp...monitor dihadapan mata terpadam. Gelap. Senyap dan sunyi sepi, tiada kedengaran bunyi cengkerik- cengkerik bersiul.

Angin diluar bertiup masuk melalui celah-celah tingkap yang terbuka, menyapa pipi terasa sejuk. Tiupan angin tadi terasa berat bagaikan disertai sesuatu bersamanya. Meremang kembali bulu roma dan bulu-bulu yang sedia ada. Saya memaku diri dikerusi sahaja, tidak bergerak mahupun menoleh.

Keadaan masih lagi terkawal, saya memeriksa bawah seluar takut-takut terasa basah. Ahh.. nasib baik masih kering, jika tidak memalukan satu malaya sahaja. Cuba untuk menoleh belakang tapi terasa berat, bagai ada sesuatu yang sedang memerhati dibelakang. Saya paksakan juga diri ini tapi tiba-tiba teringat cerita Jangan Pandang Belakang Monopoly. Ahh.. sudah, makin berdebar-debar degupan jantung ini. Perlahan-lahan saya menoleh sambil mengerak sedikit badan. Apabila pandangan sudah tertancap ke belakang saya terlihat sesuatu berwarna putih tergantung berhampiran almari. Terus degupan jantung saya semakin kencang, bulu-bulu semakin menegang, dengan sekuat tenaga saya menjerit....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

arghhhh.... JUBAH PUTIHKU,
indah sungguh dipandang mata,
lagi segak disarung juga,
sungguh berseri bila bergaya,
menjadi idaman setiap masa.

p/s : ceritera diatas adalah hanya ilusi semata-mata budak yang belum habis exam lagi.

Memandangkan hardisk saya telah mengalami tekanan jiwa dan kehilangan data-data dalam otaknya dengan ini saya mengisytiharkan PERANG!!! keatas blogger-blogger dan pembaca-pembaca blog ini. Anda dikehendaki menyerang comment artikel ini dengan meletakkan nama berserta url blog anda. Kerana saya telah kehilangan sejumlah besar url blog untuk diblogwalking setiap hari. Sebelum ini hampir 300 blog saya jelajah setiap hari dan saya bookmark'kan di toolbar firefox. Dengan ini saya bermurah hati mewujudkan BLOGLIST untuk sesiapa sahaja yang sudi exchange link. exchange link tau bukan ex sahaja. Dan jika anda sudi dan bermurah jantung silalah mengisi tempat kosong diruangan follower ataupun recent visitors saya ye..Tq luv u all..

Thursday, January 28, 2010

Tips-tips BOOMBASTIC untuk blogger !!

Haha..(ketawa dulu), pasti ramai tertanya-tanya apakah tips-tips yang hendak saya berikan kali ini, boombastik pula tuh.. biasanya para blogger akan memberikan tips-tips bagaimana menaik tarafkan blog mereka ataupun tips bagaimana hendak meningkatkan pelawat @ traffic ke blog mereka. Jadi saya disini pun hendak berkongsi bukan satu, bahkan banyak tips yang boombastic kepada semua blogger dan para pembaca. Pastinya kita sangat-sangat memerlukan tips ini dalam kehidupan kita..ok teruskan membaca ya...

Tips ini sangat boombastic kepada seorang yang bergelar muslim dan ada kaitannya dengan artikel saya sebelum ini iaitu... berkenaan fenomena Dajjal. Apa kaitannya?

Dalam artikel sebelum ini saya ada menyatakan bertapa dahsyatnya fitnah dan kerosakan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Banyak hadis-hadis Nabi yang mengingatkan kita bahayanya fitnah Dajjal dan cara menghindarinya. Haa.. inilah yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua amalan yang dapat menghindarkan kita dari fitnahnya dan dari menjadi pengikutnya. Semoga amalan ini dapat menjaga kita dan keluarga kita semua.. aminn...
Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah ketika duduk solat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau hari Jumaat sesuai hadits berikut:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak dapat atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)

Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)

Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahwa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya karena faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)

Kelima, menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

p/s : Semoga tips dan amalan ini sangat berkesan dalam diri kita dan menjadikan sebagai amalan serta menyebarkan kepada semua muslimin muslimat.

Tuesday, January 26, 2010

2012 ~ Permulaan Dajjal?

Alhamdulillah baru selesai exam paper yang ke-4... Subjek yang agak susah iaitu al-Hadith as-Syarif dari kitab Sunan Zakiyah fi al-Fadhail an-Nabawiyah. 10 perbahasan hadis yang panjang dimuatkan dalam satu kitab, setiap hadis dipecahkan kepada 10 kategori perbahasan lagi. Antara hadis yang menarik berkenaan kelebihan Madinah al-Munawarah. Dalam hadis itu dinyatakan Madinah sebagai pusat pentarbiyahan iman, tempat yang dicintai Nabi S.A.W dan sebagai tempat yang paling selamat ketika turunnya Dajjal membuat fitnah dan kerusakan diseluruh dunia.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا

"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan fenomena Dajjal. Pasti ramai dari kita sudah biasa dengar cerita-cerita berkenaan dajjal ini, kan?!..Ok berbalik kepada tajuk diatas, 2012 ~ permulaan Dajjal?! Kenapa 2012?, ok ini sebagai teori sahaja. Mungkin kebanyakan kita sudah melihat filem box office '2012' yang dewasa ini sedang menarik perhatian sebahagian besar penduduk planet bumi. Apakah sesungguhnya masalah filem ini?

Pertama, filem ini hendak mengkondisikan umat manusia untuk menyakini bahawa end of the time atau apocolypse bakal terjadi pada tarikh tertentu iaitu 21 Disember 2012. Ramalan ini sangat berbahaya dari sudut pandangan aqidah islam. Mengapa? kerana islam mengajar kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun tidak mengetahuinya.

Maka sesiapa yang menonton filem ini lalu menyakini bahawa hari kiamat bakal terjadi pada tarikh 21 Disember 2012 beerti dia sudah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya. Sebab sebagai seorang muslim sentiasa menyakini bahawa Allah Maha Mengetahui perkara nyata ataupun ghaib.

Selain itu filem ini ternyata berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive bertahan hidup sesudahnya dahsyatnya peristiwa hari kiamat. Padahal dalam keimanan islam, kita diajarkan bahawa pada saat Malaikat israfil meniup sangkakala pertama sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahwa semua dimatikan ialah kemudian Malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua sebagai petanda berlangsungnya Hari Pembangkitan iaitu dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya untuk hidup kembali.

َنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ

”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)

Kesimpulanya kita mengetahui bahawa idea disebalik filem ini sungguh mengerikan, kerana ia mengajak penonton mengingkari adanya hari kiamat dalam pengetian aqidah islam. Kiamat menurut prosedur filem peradaban sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga berlangsungnya apocolypse, masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya hari kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal menerajui pimpinan dunia sesudah 2012?

Jika kita buka laman web www.whowillsurvive2012.com yang merupakan 2012- Offical Movie Site, maka bila anda klik kotak berjudul "The Experience", maka anda akan jumpa salah satu kotak pilihan lagi dengan tajuk Vote For The Leader of the Post 2012 World ~ ( pilihlah pemimpin dunia Abad ke 2012). Apakah gerangan maksudnya?

Sungguh membimbangkan kita bahawa gagasan mendasar disebalik filem in ialah keinginan prosedurnya untuk secara implisit mempromosikan kehadiran Sang Penyelamat dunia palsu iaitu Dajjal. Lalu Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung orang-orang yang selamat dari bencana 2012. Sungguh mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai pemilik syurga dan neraka. yakni dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa perlu kepadanya bakal diberikan syurga. Dan barangsiapa yang mengingkarinya bakal dimasukan ke dalam neraka Dajjal.

Sehingga Rasulullah S.A.W bersabda :

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki surga dan neraka. Maka nerakanya adalah surga (Allah) dan surganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)

Wallahualam ~ Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Firaun kecil menganas..

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Negara-negara Africa antara Mesir (Egypt) vs Cameroon. Mesir dibarisi pemain-pemain kelab al-Ahly dan Zamalek, sementara Cameroon dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia seperti Eto', Idrissou, Alex Song dan ramai lagi. Perlawanan yang disiarkan di channel Al-Jazeera Sport 2 pada jam 7 malam waktu mesir bermula dengan rancak.

Pada awal minit ke-26 gawang mesir telah dibolosi satu goal hasil sepakan sudut Emana dan terkena tandukan Ahmad Hassan terus kedalam goal tanpa sempat diselamatkan penjaga goal mesir, Essam Hadary. Rasa tidak puashati membuatkan mesir mengasak keras lalu Ahmad Hassan membalas goal tadi dengan sepakan jauh dari luar kotak penalti pada minit ke-37.

Keputusan seri 1-1 dibawa hingga ke akhir perlawanan dan terpaksa diberi masa tambahan selama 30 minit. M.N Gedo membawa mesir mendahului cameroon apabila membuka jaringan pada minit ke-92 hasil kecuaian pemain pertahanan memberi bola kepada penjaga goal tapi sempat dirampas oleh Gedo dan menyepak bola leret masuk dibawah kelengkang.



Goal kontrovesi pada minit ke 103 apabila Ahmad Hassan mengambil sepakan percuma 37 meter dari gawang terkena palang gol dan jatuh menyentuh sedikit garisan goal tetapi dikira goal oleh pengadil. Mesir mendahului 3-1 sehingga pengadil meniup wisel penamat.

Empat negara yang layak pergi ke separuh akhir :
1) Ghana
2) Algeria
3) Egypt
4) Nigeria
Related Posts with Thumbnails