Tuesday, August 14, 2012

Melatih tarian jejari baru

Sukarnya bila jari sudah kaku membisu, akibat lama terperap dalam lesu... Payahnya nak menghidupkan semula rentak tarian dahulu, pena kemana terbang, warkah entah menghilang. 

Biarpun ramadhan masih menemani diri, tiada alasan untuk bermalas-malasan. Ayuh bangkitkan semula semangat juang bak kata Dj Fuzz : 
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula,
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Semangat betul bila mendengar lagu bangkit ni. bukan sahaja untuk perjuangan di Medan Perang tetapi juga untuk Medan Pena. Jangan pula ke Medan Selera nanti dicekup pihak berkuasa, naik van jenazahlah jawabnya. Pena dan Otak (akal) perlu bergandingan untuk menghadapi perang alaf baru. Inilah senjata paling tajam untuk menikam musuh yang licik. Ingat ! Keris dulu dalam tangan, kini dalam otak. Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak. 

Otaak masih blur nak pikir tulis apa, agak-agaknya dalam medula oblongata ni penuh dengan traffic jem.. huhuu.. Baiklah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya kongsikan kisah kelebihan dalam bulan ini bagi orang yang berpuasa :
Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan menaiki BURAQ sebagai kapal terbang.  
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. 
SubhanAllah!! sungguh beruntung orang-orang yang berpuasa, yang lebih awesome bulan ramadhan sendiri yang meminta kurniaan itu. Yang penting Ikhlas kerana Allah Taala, jika tidak nyata sia-sialah puasa kita. Mari sama-sama kita pertingkatkan amalan khususnya dibulan mulia ini, jadikan ramadhan sebagai pemangkin untuk terus beramal dan merubah diri kearah yang lebih baik. Osem!!!
Related Posts with Thumbnails