Friday, February 26, 2010

Maulid Nabi : Memperkasa ketabahan Rasulullah dalam diri kita

Tidak pernah tersembunyi suaranya, dan tidak pernah hilang gemanya, namun mereka tetap menuduh atau berpendapat bahawa Rasulullah meremehkan akal mereka dan akan menghancurkan kekuasaan, kewibawaan serta peraturan mereka.

Oleh kerana itu mereka mengumpul kekuatan untuk menghancurkan dakwah Rasulullah s.a.w.

Walaupun mendapat tentangan Rasulullah bertambah berani meneruskan dakwah. Setiap kali mereka memperhebat gangguannya baginda tetap tabah serta bertambah kuat untuk mengatasinya dengan penuh kesabaran.

Kemudian Allah memberi izin berjihad, memerangi mereka maka baginda pun berjihad sampai Allah memberikan kemenangan kepada agamanya. Maka orang yang kelmarin menjadi musuh akhirnya menjadi kawan.

Demikian juga orang yang musyrik berduyun-duyun masuk agama Allah, mereka menjunjung tinggi syiar Allah bahkan mereka menjadi orang yang menyediakan jiwa raga mereka untuk Allah dan RasulNya.

Sabar menerima gangguan kaum musyrik

Rasulullah sabar terhadap gangguan-gangguan orang musyrik dengan ucapan-ucapan mereka yang menusuk hati. Sesungguhnya amat sakit rasanya luka yang ditimbulkan oleh tajamnya ucapan-ucapan yang dilontarkan mereka.

Apalagi dalam masyarakat yang amat mendambakan pujian dan nama baik dan sangat benci kepada celaan dan ejekan.

Rasulullah s.a.w. pada permulaan dakwahnya ingin sekali dipercayai oleh kaumnya untuk mengangkat mereka dari lembah kesesatan ke puncak hidayah dan petunjuk Allah dan dari buta agama kepada mengerti akan kebenaran.

Memang baginda telah dikenal oleh kaumnya sebagai seorang yang berakal, bijaksana, benar, dapat dipercaya dan ‘iffah. Mereka belum pernah mendengar baginda berdusta dan belum pernah pula mereka menemukan sifat yang buruk.

Namun orang-orang musyrik menentang dan melawan yang benar. Mereka takbur dan enggan meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka.

Mereka sengaja membuat-buat dusta bahkan mereka menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai seorng yang bermimpi, banyak angan-angan, menceritakan apa yang dikhayalkannya dan yang dilihat dalam mimpinya.

Mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat kepada baginda, dengan cara-cara yang biasa diucapkan oleh penyair-penyair mereka yang penuh berisi khayalan yang sangat mahir melebih-lebihkan sesuatu dan pandai mempengaruhi orang awam. Mereka mengatakan bahawa baginda seorang gila, padahal baginda adalah orang yang paling cerdas dan paling berakal di antara mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahkan mereka berkata (pula) (Quran itu adalah) mimpi yang kalut, malah diadakannya bahkan dia sendiri seorang penyair, maka dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana Rasul-Rasul yang telah lalu diutus”. (Al-Anbiya: 5)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Dan mereka berkata: “Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair”. (AshShaffat:36)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Bahkan mereka mengatakan dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya”. (AthThuar:30)

Maksudnya kami menunggu-nunggu kecelakaan baginya semoga dia ditimpa bahaya atau mati sehingga kami selamat daripadanya.

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila”. (Al Hilr:6)

Tetapi Allah telah membersihkan Rasulullah dari tuduhan yang bermacam-macam yang buruk itu dengan FirmanNya yang bermaksud: “Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya”. (Al-Haaqqah 41-42)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Demi Qalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila”. (Al Qalam:1-2)

Ramai orang musyrik yang mengganggu Rasulullah dan menyakiti baginda dengan perbuatan-perbuatan jahat disebabkan kemarahan, kehilangan ‘akal’, dan kebodohan mereka.

Mereka hendak menghalang-halangi baginda dari agama Allah. Supaya putus asa dari keberhasilan perjuangannya dan supaya para pengikutnya meninggalkan baginda. Walaupun demikian baginda tetap menghadapi perbuatan mereka yang jahat itu dengan kesabaran yang dapat membawanya kepada kemenangan.

Dengan tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menggagalkan tujuan mereka.

Kesabarannya yang luhur ini cukup menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah benar dalam menyampaikan risalah dari Tuhannya. Keraja jika tidak demikian baginda tidak akan tahan menderita dalam menghadapi permusuhan mereka, sedang baginda tidak pernah menginginkan kekayaan harta benda.

Oleh kerana itu berduyun-duyunlah orang-orang memeluk agama Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan.

Mereka pun berani menderita dalam menghadapi gangguan-gangguan orang musyrik dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa bahkan mereka dengan sukarela membela Rasulullah. Mengorbankan segala sesuatu demi untuk menghadapi tentangan musuh-musuhnya

Saturday, February 20, 2010

Aktiviti Bebas si Debab..

Malam yang boring ni saya nak update about my pets iaitu 'Debab a guinea pig( bunyi xsdp) mice'. Ok sekarang umonya sudah masuk 3 minggu dlm jagaan saya dan saya sudah faham serba sedikit perangainya yang mengada-ngada tuh..

1. Makan pun semakin memilih-demand tul, kalau dulu bagi apa-apa je mesti dia ratah sampai habis tapi sekarang nak sayur-sayur yang berbau je.. Bagi roti pun wat dono jer, sekarang umah ia sudah ada semut kerumun roti yang tak habis tu, padan muka ia!!..

2. Makan pun nak kena suap @ acah-acah.. mengada-ngada ia semakin menjadi-jadi iskh2.. macam nak geget-geget jerk.. wat sup sedap jugak nih.

3. Malu-malu pig tikus konon, asyik dok dalam umah dia jerk.. bila orang takde baru nak kuar.

4. Pandai mogok sekarang ni.. kalau takde makanan aritu, ia akan geget-geget umahnya yang diperbuat dari kayu tuh.. Kalau roboh rumah tuh jangan harap nak wat baru... padan muka ia lagi!!

5. Sudah pandai tiru aksi wonderpets.. joget and nyanyi-nyanyi.. korang tak percaya??

6. Apa lagi eak.. korang tengok sendirila pic-pic nih...hehe..







Oklah setakat ni je yang saya mampu untuk cerita aktiviti terbaru Debab, malas nak cerita lebih-lebih nanti dia bangga dapat masuk blog - famous la konon.

p/s : yang no. 5 tu kalau korang percaya, koranglah orang yang paling malang...huwahuwahuwaaarggghhhhhh..ngantok pulak..

Wednesday, February 17, 2010

Aku, cina dan raya cina...


Kceng3x...keboom3x... riuh sungguh malam ni dengan bunyi tarian cina diselangi bunyi mercun. Arghh... tension aku kat umah yang berjiran dengan cina, tak boleh nak layan blues langsung..huhu. Aku intai-intai ditingkap apa yang diorang lakukan. Banyak kereta parking depan rumah aku, ini pasti anak-anak apek dan nyonya depan rumah aku dah balik. Aku usha-usha amoi cun yang selalu aku dengan abang aku rebut-rebut siapa dapat tackle masa kecik-kecik dulu. Tak nampak, mungkin dia kat dalam rumah.

Masa tu aku baru darjah 5, abang aku pulak tingkatan satu, si amoi tu kira-kira umo 15 tahun lebih kurang. Nama dia Wu Leen, boleh tahan getahnya, putih melepak selalu pakai t-shirt dengan seluar seteng paras peha. Anak nyonya depan ni semua lawa-lawa tapi yang selalu aku nampak Leen ni saje, mungkin akak-akak dia sudah kahwin dan bekerja diluar. Aku agak-agak si Leen ni anak bongsu sebab tiada budak kecik lagi dirumahnya.


Setiap kali tahun baru cina, mesti Leen datang umah aku hantar hamper dan angpau. Kadang-kadang dapat limau sekotak, kadang-kadang dia bagi kek atau kuih pau tapi aku beritahu awal-awal secara baik kitorang tak makan benda-benda macam ni, dia faham dan senyum. Manis sungguh senyuman dia, berdupdap-dupdap hati aku bila nampak dia. Kalaulah aku dapat dia...ok,berangan.

Lepas UPSR aku dapat tawaran sekolah asrama penuh, arghhh.. tak dapat lagi aku jumpa si Leen nanti. Mesti abang aku yang dapat nanti sebab dia bersekolah disitu saje, oh tidak!!! Tiap kali pulang cuti aku mesti usha-usha dia tapi Leen tak kelihatan lagi. Aku tanya mak dengan selamba "mana Leen? tak nampak pun kelibat dia sekarang". Mak cakap Leen dapat tawaran UiTM, aduuhhh melepas aku lagi. Mesti dia pun jarang balik rumah, kalau balik pun masa tu aku di asrama. Sampai habis SPM aku dengar Leen sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya. Choii.. ok, abaikan itu cerita zaman-zaman nakal aku dulu.


Sebelah rumah nyonya tu pula, tinggal cina janda anak tiga. Rumahnya tepi sekali sebelah dengan kebun ayah aku. Ayah aku selalu gaduh dan geram dengan janda tu. Apa taknya habis dia tebas pokok-pokok yang ayah aku tanam, lepas tu bakar tokong bawah pokok nangka ayah aku. Keluarga kami antara yang terawal tinggal ditaman ini jadi masa itu belum ramai lagi yang duduk. Bila ada tanah kosong ayah aku pun tanam pokok-pokok nangka, cempedak, pisang, jagung, daun pandan, daun kesum, betik, cili padi, ubi kayu, pucuk manis dan macam-macam lagi.


Walaupun gaduh-gaduh, tiap kali raya mesti dia hantar buah tangan untuk kami, ayah aku pun kadang-kadang beri pisang setandan dua pada keluarganya. Pernah arwah mak aku menjadi penyelamat rumahnya yang hampir terbakar. Masa mak aku sedang bersih-bersihkn kebun, tiba-tiba nampak asap berkepul-kepul keluar dari dapur rumah janda tu. Mak aku ketuk rumahnya nyata tiada orang dirumah, lantas mak aku panggil jiran sebelah yang kebetulan ada rumah. Setelah dapat pecah pintu dapur, ketika itu api sudah pun menjilat hangus dapur gas tapi masih tidak marak lagi.

Seketika kemudian janda tu dan anak-anaknya pulang dari sekolah, masa itu api sudah padam. Jiran aku memberitahu perkara sebenar dan bagitahu yang mak aku yang menyedarinya dahulu. Dia berterima kasih sangat-sangat pada mak aku. Sebenarnya punca kebakaran dari api air yang dimasak lupa hendak ditutup semasa keluar rumah pagi tadi. Orang buat jahat tak semestinya kita balas jahat kan?! tak gitu.


Banyak lagi kisah aku dengan cina ini, yang masih aku ingat masa tingkatan satu di sekolah biasa sebelum aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Masa pemilihan kelas ada ujian dan aku dapat first class eh.. class first. Masa itulah aku kenal dengan seorang budak cina ini, nama dia Eng Gui Leak - lelaki. Orangnya simple dan sekacak aku. Aku dengar dia adalah top student masa disekolah rendah dan mendapat UPSR antara terbaik di Malaysia. Bukan aku yang mendekati dia tapi dia yang tiba-tiba datang hendak kawan dengan aku. Mungkin aku ni macho, cute, funny dan seangkatanya..haha. Perasan. Tak lama selepas itu dia berpindah dapat tawaran MRSM kat Balik Pulau, Penang. Seminggu lepas tu aku pulak terpaksa melepaskan pergi awek-aweks di sekolah itu..haha.

Argghhh..apa yang aku cerita ngarut pasal cina malam ni!!.. sebenarnya aku pun dah lima tahun tak sambut raya cina ini atas alasan yang kukuh = aku diperantauan yang tiada perayaan ini. Nanti balik ke rumah aku di Taman U.P.C yang tercinta ini akan aku sambut secara besar-besaran diatas katil (tido). U.P.C ?? korang tau tak apa maksudnya. Ada yang menterjemah dengan Untuk Penduduk Cina tapi 70% penduduk taman aku adalah melayu, 20% cina dan 10% india. Ada yang mulut jahat cakap Untuk Penduduk Cacat...haa..korang gelakla puas-puas!! tak apa abaikan. Tapi hendak sedapkan hati, aku terjemahkan sendiri ~ Untuk Penduduk Cemerlang, Terbilang dan Terbuang, amacam best tak?

Oklah.. kepala dah berat, mata dah rapat, mulut dah menguap. sekian choww...salamzz.

P/s : korang dah baca?? tak puas hati?? komen arrrggggg..opss terlebih sudah

Saturday, February 13, 2010

Dimensi Kematian

Suka saya berkongsi artikel ini kepada sahabat-sahabat sebagai peringatan kita bersama. Luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga ia bermanfaat..

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam samaada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnyadalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Thursday, February 11, 2010

Keadaan sebenar Allahyarhamah Hamiza-nky



Ini adalah cerita sebenar bagaimana keadaan Allahyarhamah Kamariah@ hamiza-nky sehingga menjadi asbab beliau meninggal dunia..yang hidup pasti akan mati tidak kira tua atau muda, sihat atau sakit, di mana-mana saja pasti si Izrail mencabut nyawa kita bila sudah sampai masanya. Saya copy paste dari blog asal beliau hamiza
........................................................................................

Pada 4.2.2010 (khamis) yg lalu, waktu petang, beliau mengadu sakit perut yg amat sgt. Pada mulanya kami menyangka beliau hanyalah sakit perut biasa sahaja. Kami mendapatkan rawatan drpd pembantu perubatan & seterusnya refer ke hospital sungai buluh kerana sakit yg tidak reda sehingga awal pagi jam 2. Setelah membuat pemeriksaan x-ray, doktor masih ragu sama ada beliau berkemungkinan menghidap sakit Gastrik atau Apandiks.

Lebih kurang jam 5 pagi, beliau telah dihantar ke wad utk pemeriksaan lanjut. Tengahari 5.2.2010, hari jumaat, kami dimaklumkan beliau telah melalui rawatan ctscan dan doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil di bawah bahagian bawah hati dan di bahagian pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke buah pinggang pula telah koyak dan darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang yg secara langsung sebelah buah pinggangnya telah rosak. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.

Kami diberitahu beliau akan dipindahkan ke hospital Serdang pada malam itu utk membuat pembedahan kerana pakar saluran darah hanya terdapat di Serdang, HKL dan IJN. Walaubagaimanapun, pemindahan tidak dpt dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Doktor telah menangguhkan pemindahan pd mlm itu ke pagi sabtu 6.2.2010..

Pada pagi sabtu 6.2.2010 pula, tekanan darah masih tidak turun ke tahap yg dikehendaki namun keadaan beliau tidak menampakkan sebarang tanda2 kritikal. Hanya di waktu tengahari pada waktu melawat, lebih kurang jam 1.30pm tiba2 semua yg melawat terkejut apabila beliau tiba2 kekejangan dan semua doktor yg berada disitu bergegas memberikan rawatan. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin2 bantuan dan doktor telah melakukan ctscan sekali lagi di bahagian otak pula.

Setelah itu, kami dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat pula saluran darah dibahagian tengah otak telah pecah. Dan menurut doktor berkemungkinan peluang beliau utk terus hidup, amat tipis. Sehinggalah kami diberitahu lebih kurang jam 5.30a.m, beliau telah pun pergi menghadap Ilahi.
...................................................................

Semoga kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku insyAllah.. Wallahualam.

Wednesday, February 10, 2010

Al-fatihah ila blogger hamiza..


Assalamualaikum sahabat2 pembaca yang dikasihi Allah semua..

Korang kenal pemilik blog ini? hamiza-nky.blogspot.com..
Korang selalu walking ke blog beliau baca artikel2 di sana?..banyak artikel-artikel bermanfaat dan isu-isu semasa terkini.

Tapi kini beliau tidak mampu lagi untuk memberi peringatan untuk kita, menyebarkan dakwahnya dan melaporkan isu-isu semasa berkenaan agama.

Baru tadi saya walking ke blog beliau dan membaca artikel terbaru diblog beliau yang sangat menyedihkan. Setiap hari saya ke blog beliau menanti post terbaru dan mengambil faedah darinya. Tetapi tadi blog beliau telah diambil alih oleh wakilnya..

Assalamualaikum..
Kepada semua warga pembaca blog Hamiza-NKY ini, Saya adalah wakil kepada KAMARIAH BT MD YUSOF (HAMIZA [Nama panggilan] ).. Dengan ini, saya harap dapat sedekahkan Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30a.m 7hb Februari 2010 di h0spital Sg.Bul0h..

Saya berharap anda semua dapat memaafkan Arwah sekiranya terlanjur kata dan sebagainya. Saya berharap anda semua dapat memanfaatkan artikel-artikel yang telah dipostkan oleh beliau sebelum ini. Semoga segala yang baik mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran kepada Arwah. Harapan saya sebagai wakil beliau, sm0ge Arwah ditempatkan bersama dgn 0rg2 yang beriman. Aminn.. Al-Fatihah.....

Terasa sangat sedih atas kehilangan beliau kerana ketulusan hati beliau memberi kita peringatan dan kesedaran dalam setiap artikelnya. Saya masih tidak tahu apakah penyakit yang dihadapinya. Semoga Allah menerima segala amalan Allahyarhamah dan menempatkan beliau dikalangan para solihin..aminnn..

Sunday, February 7, 2010

Wonderpets!!..

"wonderpets…wonderpets..

kami datang..membantu haiwan dalam kesusahan..

kami tak besar dan kami tak kuat..bile kerjasama..semua jadi mudah..

apa yang penting?!..kerjasama 3x..."


Pernah dengar lagu ini ? Semestinya korang selalu nyanyikan ?!..tepat jam 2.30 petang korang dah terpacak depan tv 9, betul tak? haha...


Mesti korang kenal tiga watak utama wonderpets tu, first si kura-kura yang bernama Tuck, pastu si anak itik iaitu Ming ming dan yang terakhir si hamster Linny. Ok, persoalannya apakah si Linny tu seekor hamster? Ramai yang mengimplitasikan ia sebagai hamster tapi bagi saya ia adalah seekor guniea pig atau dikenali di Malaysia sebagai tikus belanda ataupun marmot. Setelah ditakqidkan oleh wikipedia, maka sahla ia seekor guinea pig.

Ok, anda dah tahu? mari kita nyanyi semula...


"wonderpets…wonderpets..

kami datang..membantu haiwan dalam kesusahan..

kami tak besar dan kami tak kuat..bile kerjasama..semua jadi mudah..

apa yang penting?!..kerjasama 3x..."


Sudah puas? ok kita sambung balik perbincangan tadi. Sebenarnya bukan si kartun wonderpets tu yang nak diceritakan kali ni..cuma saya nak cerita tentang my pets je iaitu si guinea pig. Si guinea pig ni baru je saya beli minggu lepas dekat pasar-pasar menjual binatang. Banyak binatang yang dipamerkan disana seperti burung merpati berbagai jenis, arnab jenis lain-lain juga, burung helang, hamster, anak buaya, iguana, kura-kura dan ikan semestinya ada.Geram tengok arnab cantik-cantik semua dan besar-besar.

Pasarnya terlalu besar sampai lenguh kaki nak jalan. Masa jalan nak balik baru jumpa pakcik yang jual guinea pig ni. Hanya tinggal 2 saja, apalagi terus rembat jela dengan harga L.E 30 sepasang.

Bila kita membela seekor binatang maknanya kita seorang yang penyanyang ye tak? Malu nak ngaku saya ni seorang penyanyang =-> Untuk menjadi seorang penyanyang kita kena jaga betul-betul dan tahu segala tentang pets kita. Jom kita kenali my guinea pig ni secara detail...


Saya beri makan sayur-sayur dan roti. Setakat ini saya masih bela dalam aquarium lagi, nanti bila sudah ada tempat baru pindahkan. Mari saya ajar cmne nak kenal mana satu betina dan mane satu jantan..

1) Jantan : Seperti bentuk (i), bila kita picit akan keluar kemaluannya
2) Betina : Seperti bentuk Y

Setakat ini saja untuk kali ini, nanti saya akan update lagi about my pets ni, ok? Lepas ni nak bela anak orangla pulak..hehe.
p/s : gambar dari abang google sebab belum sempat amik gambar lagi.

Saturday, February 6, 2010

Palestine will be free

video

Selepas exam ini terasa lebih buzy..tak tahu nak update apa kali ini. Semalam lepas layan movie kt tv, kuar lagu ini. Teruja dengan kartunnya yang smart, terus search kat youtube. Jumpa then download terus. Jom kita menghayati video lagu yang menusuk kalbu ini..layaaannzzzz..
Related Posts with Thumbnails