Wednesday, February 2, 2011

Mandi Safar atau Solat Safar??

Mungkin di antara kita ada yang pernah dengar tentang MANDI SAFAR dari orang-orang tua kita, untuk apa? katanya petua untuk mengelakkan daripada bala' dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Maka setiap bulan safar mereka melakukan upacara pemandian bagi yang betul-betul percaya dan berpegang pada adat nenek moyang mereka. Adakah ini bercanggah dengan Islam?

Ok, kita pergi kepada usul perkara tersebut. Kepercayaan mereka berkenaan bagi mengelakkan bala' menimpa adalah benar. Tiada yang bercanggah dengan hukum Islam, malahan perkara itu betul-betul terjadi dan digalakkan untuk mempercayainya. TETAPI kesalahannya adalah pada praktikalnya iaitu MANDI. Kenapa dengan mandi tu?

Tuan Guru Kami, Sidi Mohsin ibn Sidi Abdul Rasyid ibn Sidi Muhammad Said al Linggi r.ahm berkata: Pada Hari Rabu terakhir bulan SAFAR, ALLAH swt akan menurunkan bala' keatas dunia sebanyak tiga ratus dua puluh lima ribu bala' (325,000) untuk sepanjang tahun itu. Oleh itu sebagai Umat Islam kita disarankan untuk melakukan SOLAT Sunat SAFAR (bulan safar bukan musafir) bagi menghindari bala' menimpa keatas diri dan tempat tinggal kita.

Praktikal yang sebetul ialah SOLAT bukannya MANDI. Mungkin kepercayaan mandi ini direka kerana tidak mengetahui perkara yang sepatutnya dilakukan. Kerana itu kita perlu memperbetulkan salah faham yang telah lama menular dalam adat mereka. Adat bersendi hukum, hukum bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah.
Panduan menunaikan SOLAT SAFAR :

1) Solat sunat EMPAT rakaat. (sebaik-baiknya selepas solat ZOHOR)
Setiap Rakaat baca:
1. Al Fatehah 1 kali
2. Surah al Khautsar 17 kali
3. Surah al Ikhlas 5 kali
4. Surah al Falaq 1 kali
5. Surah an Nass 1 kali

2) Setelah Salam Baca Surah Yassin 1 kali
apabila sampai ayat "Salamun Kaulan min rabbi rahim" ulang sebanyak 313 kali.
setelah itu teruskan sehingga habis Yassin.

3) Baca DOA khusus tolak Bala'

Wallahulam.
Related Posts with Thumbnails