Tuesday, June 2, 2009

Cinta Jin & Manusia....

Belakangan ini kita sering dimomokkan dengan ceritera-ceritera seram yang melibatkan makhluk-makhlus halus seperti hantu, jin dan sebagainya. Media massa pun seringkali menyiarkan drama-drama berbentuk mistik seperti Puaka Niyang Rapik, Saka, Susuk dan banyak lagi. Bahkan di mesir sendiri pun kita menjadi tidak keruan dengan wujudnya kelas-kelas perubatan islam yang tumbuh melata secara tiba-tiba, malahan pernah berlaku perdebatan antara dua aliran yang berbeza hanya kerana sejenis makhluk ini.

Kaum jin menjalani hidup seperti manusia, ada cinta dan kasih sayang, ada benci dan hasad dengki yang membawa kepada pada pertengkaran serta permusuhan antara kelompok dan kekeluargaan mereka. Malah melarat hingga antara kota dengan kota dan antara negara dengan negara yang lain iaitu wilayah pemerintahan jin.

Buku “Dialog Dengan Jin Muslim” oleh Muhammad Isa Dawud menceritakan juga bahawa kaum jin seperti juga manusia yang amat menjaga kehormatan dan moral kaum wanitanya. Lelaki jin yang ingin berkahwin mengutamakan wanita jin yang mempunyai dara dan dara ini pula mesti dibuktikan di malam pertama pengantin. Menjadi masalah besar antara pengantin lelaki dan wanita sekiranya tidak terbukti mempunyai dara. Ini boleh memungkinkan pengantin lelaki meninggalkan pengantin perempuan buat selama-lamanya. Bercerai? Tidak dijelaskan.

Manusia membuktikan adanya dara pengantin wanita melalui kain putih yang dihampar di tempat pengantin pada malam pertama. Jika kain putih itu mempunyai kesan darah, bererti sahlah pengantin wanita itu masih dara. Persetubuhan jin lelaki dan wanita disebut sebagai sama caranya dengan manusia. Bezanya tubuh mereka jauh lebih kecil tetapi mereka boleh mencapai puncak keasyikan seperti manusia juga. Perasaan dan emosi mereka tidak jauh berbeza dengan manusia.

Jin wanita seperti juga wanita manusia, ada yang menjalani hidup seperti pelacur. Mereka melacurkan dirinya tetapi tidak dijelaskan untuk apa. Wanita manusia melacur untuk wang. Kaum jin lazimnya berkahwin dalam usia 170 atau 180 tahun tetapi ada yang berkahwin pada usia 200 hingga 250 tahun iaitu bersamaan 40 tahun umur manusia. Mereka seperti juga manusia hamil dan melahirkan anak. Mereka mengandung hingga 15 bulan lamanya. Kandungan mereka lebih berat dan juga menyusui bayi baru lahir untuk tempoh yang cukup-cukup lama. Bayi jin bergolek tanpa bergerak dan bersuara.

Jin mempunyai 7 hingga 9 janin dan dia boleh melahirkan bayi kembar 12. Bayi-bayi itu apabila membesar, mereka juga akan belajar hingga ke pengajian tinggi (perguruan) seperti manusia tetapi dengan suasana penghidupan jin.

Allah SWT berfirman :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menjadikan pasangan-pasangan dari jenismu agar kamu tenang bersamanya dan Dia menjadikan menjadikan di antaramu cinta dan kasih sayang”.

Manusia dan jin memiliki watak yang berbeza tetapi banyak peristiwa yang mendukung terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia. Ada cerita yang mengesahkan Balqis lahir dari perkahwinan manusia dan jin. Jin muslim bagaimanapun menegaskan, perkahwinan manusia dan jin tidak berlaku melainkan ketika jin menampakkan dirinya dalam bentuk manusia tetapi ini jarang terjadi, kalau terjadipun ia semacam dongeng. “Kalau ada perkahwinan menyimpang seperti itu, ia tidak akan berlaku kehamilan”, tegas jin muslim itu. Menurutnya, sperma jin tidak sama dengan sperma manusia. Rahim jin juga bukan seperti rahim manusia.

Jin atau syaitan boleh menzinai manusia bila lelaki manusia yang mencampuri isterinya tanpa menyebut nama Allah. Kalau nak menghindarkan dari jin atau syaitan menzinai isteri kita, semasa hendak melakukan persetubuhan dengan isteri, hendaklah membaca ayat yang bermaksud :

“Bismillah, Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan-syaitan dan jauhkanlah syaitan-syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami”.

Sebabnya kalau tidak membaca doa tersebut, kemungkinan ada syaitan atau jin perosak yang hadir saat itu dan kemudian ikut melakukan persetubuhan, bahkan bisa mengeluarkan maninya bersama mani lelaki tersebut. Malah tidak kurang juga jin dan syaitan menampakkan dirinya pada wanita-wanita yang lalai berzikir dan bertakwa kepada Allah dalam bentuk rupa suaminya lalu menggaulinya dan meninggalkan maninya dalam kelamin wanita itu. “Jika mani jin itu cukup banyak maka ia bisa merosakkan mani lelaki. Akibatnya terjadilah keguguran”, jelas jin Muslim itu.

Ada jin lelaki menceritakan kepadanya (jin Muslim) bahawa dia telah merosakkan kehamilan seorang wanita sebanyak 4 kali. Jin Muslim itu menyebut nama wanita berkenaan dan dari mana dia berasal. Kesimpulannya, dari penjelasan jin Muslim itu membawa pengertian bahawa “perzinaan” jin terhadap wanita manusia biasa bisa terjadi kerana kelalaian wanita itu sendiri dalam memelihara dirinya. Waallahu A’lam...
Related Posts with Thumbnails