Wednesday, March 24, 2010

Remaja seks, zina dan hamil..

Salam kembali... sudah lama tidak update blog ini, sawangnya semakin menebal. Berikutan banyak kerja-kerja mendatang yang tidak dapat dielakkan, harap maaf. Semalam sedang survey2 internet terjumpa satu isu hangat dan menarik yang diperbincangkan. Saya copy and paste untuk tatapan dan renungan bersama.

Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]

Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". [Ali Imran (3):14].


Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya". [HR al-Bukhari, (no. 5066)].

Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah.

“Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.

sumber : Ustaz Nor Amin

5 comments:

Admin said...

salam...zina makin menular skrg sbb tu byk kes buang anak

maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/

tinta lughahwi said...

wsalam...mmg xdpt dibendung bila nafsu merajai diri..kita hnya mampu berdoa dan berusaha semampunya utk mencegah bermula dari diri, kuarge, kwn2 dan msyrkt..

Ringgo said...

salam .. dengan kerosakkan akhlak semakin parah .. pelaksanaan undang2 Islam yang semakin ditinggalkan .. ibubapa yang semakin sibuk dengan urusan dunia .. umarak yang tidak berlandaskan Al-Quran & Hadis .. inilah hasilnya yang akan kita dapat ..

tinta lughahwi said...

wsalam.. ye betul, sbnrnye sume bermula dari diri kite sendiri.. bila kita berusaha mengislah diri, maka tidak akn timbul perkara2 cmni.. kemudian kita ajak org lain utk mengislah diri jgk..insyAllah dunia akn selamat dan aman sntiasa..aminn..

Ari Hermansyah said...

Great Post... Nice share for me, maybe nice for all reader of your post.. thanks
obat benjolan di ketiak | obat sesak nafas | obat ambeien | cara pesan obat asli herbal alami | obat tbc kelenjar | obat kanker lambung | obat penghancur batu ginjal | ace maxs berkhasiat | obat vertigo | obat tradisional kanker serviks | obat kista rahim | obat asam urat alami

Related Posts with Thumbnails