Kita sudah pun melangkah ke dunia tahun baru 2011, meninggalkan 2010 yang penuh kontrovesi dan kenangan. Sebahagian orang mempunyai azam-azam baru untuk diterokai dimasa hadapan, mencari ilham, semangat dan kekuatan agar tidak kecundang seperti masa lalu. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai kejayaan pada masa lalu, tidak hanya mengenggam azam dahulu malahan meng'update'kannya agar selari dengan perkembangan semasa supaya terus berjaya dan mencapai bintang yang hendak digapai.
Tarikh 1.1.11 (01 Januari 2011), ramai yang menempanya untuk dijadikan tarikh keramat dalam kehidupan mereka seperti majlis perkahwinan, kelahiran dan lain-lain. Bagi saya tarikh itu tiada apa-apa keistimewaan melainkan telah menjadikan saya seminggu sebagai seorang suami kepada seorang muslimah yang bernama isteri. Dengan sekali lafaz, sahlah saya diijabkabulkan pada 25hb Disember 2010 bersamaan 19 Muharram 1432h. Alhamdulillah syukur atas nikmatNya yang meredhai daku menyempurnakan lagi sebahagian dari seluruh agamaku.
Hadis Ibnu Umar r.a:Tugas dan tanggungjawab semakin mencabar, ditambahi dengan bebanan... bukan bebanan tetapi peranan sebagai seorang suami untuk memikul dosa dan pahala si isteri, mendidiknya serta memimpinnya ke jalan yang diredhai Allah. Inilah sebuah perkahwinan yang terhidang dihadapannya cabaran dan dugaan, terdapat pasang surutnya ujian untuk ditempuhi bersama-sama agar tidak kecundang dipertengahan.
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Sudah semestinya tugas seorang suami itu dengan sedar membawa isteri, keluarganya ke arah didikan yang disarankan oleh Nabi saw. Kehidupan bersunnah membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kewajipan dilaksanakan bertemakan al-Quran dan al Hadith menjadi pembimbing dan penghujah di akhirat kelak. Itulah dia suami yang menjadi idaman sang isteri, kental dan bijak dalam menguruskan sebuah kekeluargaan yang harmoni bersuri bauan syurgawi.
Persepsi diri perlu diperbaiki, konsisteri diri wajib digendali... adakah ini satu transformasi kehidupan yang digarisi sebuah kematangan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diterokai... dimohon para suami-suami diluar sana untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman agar diri ini tidak tergelincir dari landasan seorang suami.
4 comments:
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma..wajama'a bainakuma fi khair..Semoga bahagia selama2nya..:)..(",).
ustaz azrin..tahniah!!
smga keluarga ustaz dirahmati dan dilimpahi kasih sayang Allah selalu..amiin ^_~
syukran ala' dua'ikum..aminnn
insyAllah.
Great Post... Nice share for me, maybe nice for all reader of your post.. thanks
obat benjolan di ketiak | obat sesak nafas | obat ambeien | cara pesan obat asli herbal alami | obat tbc kelenjar | obat kanker lambung | obat penghancur batu ginjal | ace maxs berkhasiat | obat vertigo | obat tradisional kanker serviks | obat kista rahim | obat asam urat alami
Post a Comment