Thursday, January 28, 2010

Tips-tips BOOMBASTIC untuk blogger !!

Haha..(ketawa dulu), pasti ramai tertanya-tanya apakah tips-tips yang hendak saya berikan kali ini, boombastik pula tuh.. biasanya para blogger akan memberikan tips-tips bagaimana menaik tarafkan blog mereka ataupun tips bagaimana hendak meningkatkan pelawat @ traffic ke blog mereka. Jadi saya disini pun hendak berkongsi bukan satu, bahkan banyak tips yang boombastic kepada semua blogger dan para pembaca. Pastinya kita sangat-sangat memerlukan tips ini dalam kehidupan kita..ok teruskan membaca ya...

Tips ini sangat boombastic kepada seorang yang bergelar muslim dan ada kaitannya dengan artikel saya sebelum ini iaitu... berkenaan fenomena Dajjal. Apa kaitannya?

Dalam artikel sebelum ini saya ada menyatakan bertapa dahsyatnya fitnah dan kerosakan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Banyak hadis-hadis Nabi yang mengingatkan kita bahayanya fitnah Dajjal dan cara menghindarinya. Haa.. inilah yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua amalan yang dapat menghindarkan kita dari fitnahnya dan dari menjadi pengikutnya. Semoga amalan ini dapat menjaga kita dan keluarga kita semua.. aminn...
Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah ketika duduk solat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau hari Jumaat sesuai hadits berikut:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak dapat atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)

Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)

Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahwa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya karena faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)

Kelima, menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

p/s : Semoga tips dan amalan ini sangat berkesan dalam diri kita dan menjadikan sebagai amalan serta menyebarkan kepada semua muslimin muslimat.

Tuesday, January 26, 2010

2012 ~ Permulaan Dajjal?

Alhamdulillah baru selesai exam paper yang ke-4... Subjek yang agak susah iaitu al-Hadith as-Syarif dari kitab Sunan Zakiyah fi al-Fadhail an-Nabawiyah. 10 perbahasan hadis yang panjang dimuatkan dalam satu kitab, setiap hadis dipecahkan kepada 10 kategori perbahasan lagi. Antara hadis yang menarik berkenaan kelebihan Madinah al-Munawarah. Dalam hadis itu dinyatakan Madinah sebagai pusat pentarbiyahan iman, tempat yang dicintai Nabi S.A.W dan sebagai tempat yang paling selamat ketika turunnya Dajjal membuat fitnah dan kerusakan diseluruh dunia.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا

"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan fenomena Dajjal. Pasti ramai dari kita sudah biasa dengar cerita-cerita berkenaan dajjal ini, kan?!..Ok berbalik kepada tajuk diatas, 2012 ~ permulaan Dajjal?! Kenapa 2012?, ok ini sebagai teori sahaja. Mungkin kebanyakan kita sudah melihat filem box office '2012' yang dewasa ini sedang menarik perhatian sebahagian besar penduduk planet bumi. Apakah sesungguhnya masalah filem ini?

Pertama, filem ini hendak mengkondisikan umat manusia untuk menyakini bahawa end of the time atau apocolypse bakal terjadi pada tarikh tertentu iaitu 21 Disember 2012. Ramalan ini sangat berbahaya dari sudut pandangan aqidah islam. Mengapa? kerana islam mengajar kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun tidak mengetahuinya.

Maka sesiapa yang menonton filem ini lalu menyakini bahawa hari kiamat bakal terjadi pada tarikh 21 Disember 2012 beerti dia sudah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya. Sebab sebagai seorang muslim sentiasa menyakini bahawa Allah Maha Mengetahui perkara nyata ataupun ghaib.

Selain itu filem ini ternyata berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive bertahan hidup sesudahnya dahsyatnya peristiwa hari kiamat. Padahal dalam keimanan islam, kita diajarkan bahawa pada saat Malaikat israfil meniup sangkakala pertama sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahwa semua dimatikan ialah kemudian Malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua sebagai petanda berlangsungnya Hari Pembangkitan iaitu dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya untuk hidup kembali.

َنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ

”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)

Kesimpulanya kita mengetahui bahawa idea disebalik filem ini sungguh mengerikan, kerana ia mengajak penonton mengingkari adanya hari kiamat dalam pengetian aqidah islam. Kiamat menurut prosedur filem peradaban sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga berlangsungnya apocolypse, masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya hari kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal menerajui pimpinan dunia sesudah 2012?

Jika kita buka laman web www.whowillsurvive2012.com yang merupakan 2012- Offical Movie Site, maka bila anda klik kotak berjudul "The Experience", maka anda akan jumpa salah satu kotak pilihan lagi dengan tajuk Vote For The Leader of the Post 2012 World ~ ( pilihlah pemimpin dunia Abad ke 2012). Apakah gerangan maksudnya?

Sungguh membimbangkan kita bahawa gagasan mendasar disebalik filem in ialah keinginan prosedurnya untuk secara implisit mempromosikan kehadiran Sang Penyelamat dunia palsu iaitu Dajjal. Lalu Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung orang-orang yang selamat dari bencana 2012. Sungguh mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai pemilik syurga dan neraka. yakni dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa perlu kepadanya bakal diberikan syurga. Dan barangsiapa yang mengingkarinya bakal dimasukan ke dalam neraka Dajjal.

Sehingga Rasulullah S.A.W bersabda :

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki surga dan neraka. Maka nerakanya adalah surga (Allah) dan surganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)

Wallahualam ~ Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Firaun kecil menganas..

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Negara-negara Africa antara Mesir (Egypt) vs Cameroon. Mesir dibarisi pemain-pemain kelab al-Ahly dan Zamalek, sementara Cameroon dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia seperti Eto', Idrissou, Alex Song dan ramai lagi. Perlawanan yang disiarkan di channel Al-Jazeera Sport 2 pada jam 7 malam waktu mesir bermula dengan rancak.

Pada awal minit ke-26 gawang mesir telah dibolosi satu goal hasil sepakan sudut Emana dan terkena tandukan Ahmad Hassan terus kedalam goal tanpa sempat diselamatkan penjaga goal mesir, Essam Hadary. Rasa tidak puashati membuatkan mesir mengasak keras lalu Ahmad Hassan membalas goal tadi dengan sepakan jauh dari luar kotak penalti pada minit ke-37.

Keputusan seri 1-1 dibawa hingga ke akhir perlawanan dan terpaksa diberi masa tambahan selama 30 minit. M.N Gedo membawa mesir mendahului cameroon apabila membuka jaringan pada minit ke-92 hasil kecuaian pemain pertahanan memberi bola kepada penjaga goal tapi sempat dirampas oleh Gedo dan menyepak bola leret masuk dibawah kelengkang.



Goal kontrovesi pada minit ke 103 apabila Ahmad Hassan mengambil sepakan percuma 37 meter dari gawang terkena palang gol dan jatuh menyentuh sedikit garisan goal tetapi dikira goal oleh pengadil. Mesir mendahului 3-1 sehingga pengadil meniup wisel penamat.

Empat negara yang layak pergi ke separuh akhir :
1) Ghana
2) Algeria
3) Egypt
4) Nigeria

Monday, January 25, 2010

Pemasyhuran Sultan Berjiwa Rakyat

JOHOR BAHRU - Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam dimasyhurkan sebagai Sultan Johor bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat kelmarin.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Istana Besar di sini dengan watikah pemasyhuran dibaca oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda sebelum itu menandatangani watikah pelantikan pada pukul 10.15 pagi bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail, 77, yang mangkat kelmarin.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.
Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.
Related Posts with Thumbnails