Tuesday, October 21, 2008

Kepuasan atau kesedihan??

Syawal yang berlari hampir sampai ke penghujungnya..tetapi kehangatannya masih terasa. Kepuasan terkuis menyelami jiwa kerna syawal kali ini disambut bersama keluarga tercinta..alhamdulillah. Bertitis-titis airmata menyelar jatuh tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. Ku syahdu ku sayu ku pilu.

Sepanjang tempoh keberadaan di tanah bumi tercinta ku manfaatkn sebaiknya, mendalami pelbagai ilmu, menyelami hati dan jiwa masyarakat..apakah kemahuan mereka, dan yang paling penting berbakti kepada kedua ibubapa sementara mereka masih ada.

(personal opinion)
Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju terutamanya dari segi sains dan teknologi..mempunyai ekonomi yang kukuh..masyarakat yang bersopan santun..hidup aman bahagia walaupun berbilang kaum dan agama. Sebagai sebuah negara yang walaupun kecil tetapi nampak gah dimata dunia..Malaysia tidak terlepas daripada permasalahan sosial yang melanda seluruh dunia. Gejala sosial keruntuhan akhlak dan jenayah di kalangan remaja tidak pernah berdiam diri..ia sentiasa berlegar-legar mengelilingi kehidupan masyarakat setiap hari. Kedengaran kejadian bunuh membunuh, zina, rogol, buang anak tidak pernah lekang dari cuping dan bebola mata kita ini. Persoalannya apakah yang terjadi sebenarnya pada masyarakat kita sekarang? Adakah ia satu fenomena alam atau bencana atau kemurkaan Tuhan??

Sakit telinga dan pijar mataku pabila kejadian-kejadian ini kedengaran dicorong-corong berita setiap hari. Ketakutan dan kemarahan silih berganti menyelinap diri ini, malah kebencian pernah memuncak tatkala berita itu diungkapkan...tapi apakan daya kemampuanku ini hanya sekadar itu..pernah Nabi S.A.W bersabda " Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

Bukanlah hendak dikata diri ini terlalu baik, si hina ini pernah juga melakukan kesilapan, dosa dan seterunya..bahkan mungkin lebih teruk daripada mereka itu dan mungkin lebih hina dari seekor domba. Cuma keinsafan dan taubat dapat menyelamatkan diri ini daripada terus terjerumus kelembah kehinaan itu..Pesanan Luqman Al-hakim kepada anaknya " Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT)."

Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama meng' ISLAH' diri kita semua daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran Ilahi..dengan mendalami ilmu-ilmu agama, menghayati amalan-amalan agama dan seterusnya mempraktikan dalam diri kita dan menyebarkannya kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun seluruh dunia..insyAllah.
" Semoga Amalan kita ini diredhai dan diberkati Allah "

2 comments:

~ochie~ (^_^)v said...

salam>>>

Amin..

aku juga insan yg penuh dengan kekhilafan.. :(

tinta lughahwi said...

w'salam..
bersama kita meng'islah diri ini dan masyarakat..
thx oci for comment..

Related Posts with Thumbnails