Sunday, January 31, 2010

Gangguan Sosok Ghaib

Salam all guys.. maaf kepada pembaca dan yang selalu follow blog saya ini. Beberapa hari ini tidak dapat hendak update blog kerana sedikit masalah teknikal iaitu komputer. Semalam komputer saya telah diserang satu makhluk yang sangat halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar mahupun mata hati. Serangan itu menyebabkan hardisk saya mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat sehinggakan kehilangan semua data-data dalam otaknya.

Ketika saya sedang lena melayan (eh sesuai ke ayat lena tu..) perlawanan antara Chelsea vs Burnley, dengan tiba-tiba terasa bulu roma meremang serentak. Bagai terasa kehadiran sosok ghaib yang menghuni tempat tersebut (macam ayat misteri nusantara). Plupp...monitor dihadapan mata terpadam. Gelap. Senyap dan sunyi sepi, tiada kedengaran bunyi cengkerik- cengkerik bersiul.

Angin diluar bertiup masuk melalui celah-celah tingkap yang terbuka, menyapa pipi terasa sejuk. Tiupan angin tadi terasa berat bagaikan disertai sesuatu bersamanya. Meremang kembali bulu roma dan bulu-bulu yang sedia ada. Saya memaku diri dikerusi sahaja, tidak bergerak mahupun menoleh.

Keadaan masih lagi terkawal, saya memeriksa bawah seluar takut-takut terasa basah. Ahh.. nasib baik masih kering, jika tidak memalukan satu malaya sahaja. Cuba untuk menoleh belakang tapi terasa berat, bagai ada sesuatu yang sedang memerhati dibelakang. Saya paksakan juga diri ini tapi tiba-tiba teringat cerita Jangan Pandang Belakang Monopoly. Ahh.. sudah, makin berdebar-debar degupan jantung ini. Perlahan-lahan saya menoleh sambil mengerak sedikit badan. Apabila pandangan sudah tertancap ke belakang saya terlihat sesuatu berwarna putih tergantung berhampiran almari. Terus degupan jantung saya semakin kencang, bulu-bulu semakin menegang, dengan sekuat tenaga saya menjerit....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

arghhhh.... JUBAH PUTIHKU,
indah sungguh dipandang mata,
lagi segak disarung juga,
sungguh berseri bila bergaya,
menjadi idaman setiap masa.

p/s : ceritera diatas adalah hanya ilusi semata-mata budak yang belum habis exam lagi.

Memandangkan hardisk saya telah mengalami tekanan jiwa dan kehilangan data-data dalam otaknya dengan ini saya mengisytiharkan PERANG!!! keatas blogger-blogger dan pembaca-pembaca blog ini. Anda dikehendaki menyerang comment artikel ini dengan meletakkan nama berserta url blog anda. Kerana saya telah kehilangan sejumlah besar url blog untuk diblogwalking setiap hari. Sebelum ini hampir 300 blog saya jelajah setiap hari dan saya bookmark'kan di toolbar firefox. Dengan ini saya bermurah hati mewujudkan BLOGLIST untuk sesiapa sahaja yang sudi exchange link. exchange link tau bukan ex sahaja. Dan jika anda sudi dan bermurah jantung silalah mengisi tempat kosong diruangan follower ataupun recent visitors saya ye..Tq luv u all..

10 comments:

noor afzan said...

cet..ingatkan betul2 seram..
terkeno eden..
tq ye lawat umah saya..

Hamiza said...

Salam..

Dah agak dh..hehe

ryenz said...

wsalam..
hehe.. terima kasih kerna komen ye.. klu sudi tinggalkan nme & blog url..exchange2 link k..

nahwanNur said...

Cis, apalah kamu ni dik lawi. Buat terkejut orang tua je. Bila mahu habis pengajian ni? Akak dah teringin sangat merasa nasi minya johor. Hehe

ALL the best in your exam

nahwanNur said...

Between, bertukar lagi layout blog anda ya. Lama tak melawat blog2 duryenz :) And... YES, url blog akak tak hilang ya. ALhamdulillah

Faarihin said...

hahaha.. tu la time exam sibuk nak tengok mende lain.. study la abe oi.. report sama kak durrah kang.. hahaha.. =P

ryenz said...

hehehe... saje je nak ilangkan tension-tension ni..almaklumlah byk afal smpai minda dah terburai-burai...
opss..jgn report nti gne gantung lesen blog, haa..lmela korang xdpt bce update terbaru tau..ngegegeeee..

BezBuddy said...

salam...thanx ryenz ajar sy cre nk letak ikon kt chatbox...thanx sgt2...syukran...hehe...sy pn kdg2 tkut ngn telekung yg digantung...hehe

diDEN™ said...

pocong!! ngeerrr....

antarkus said...

haha....yelah ust..

Related Posts with Thumbnails