Malam jumaat yg hening ini melakar satu titik sejarah Kerajaan Johor apabila berita kemangkatan DYMM Sultan Iskandar Ibn Almarhum Sultan Ismail diumumkan oleh Menteri Besar johor lewat jam 11.20 malam. Pengumuman dibuat setelah mendapat perkenan pihak istana, Baginda Sultan Johor disahkan mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
Almahrum Sultan adalah Sultan Johor yang ke-4 dan pernah menjadi Dipertuan Agong Malaysia yang ke-8. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Makam Mahmoodiah. Majlis pengkebumian yang penuh Istiadat diadakan pada siang hari Sabtu, 23 Januari 2010.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN,
Kami seluruh rakyat johor mendoakan agar roh Almarhum Baginda sultan ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan bertaqwa...aminnn
AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN,
Kami seluruh rakyat johor mendoakan agar roh Almarhum Baginda sultan ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan bertaqwa...aminnn
2 comments:
amin ya Rabbal alamin..
aminnn... smga Allah menerima segala amalan baginda dan juga amalan2 kita..
Post a Comment