Wednesday, December 31, 2008

Sesegar embun Muharram..

Muharrram baru sahaja menjengahkan kakinya..menandakan masuknya ke alam tahun baru hijrah iaitu 1430 Hijriah meninggalkan 1429H yang lalu. Seakan tidak terasa, waktu berjalan dengan cepat, hari berganti hari, bulan, dan tahun berlalu silih berganti seiring dengan bergantinya siang dan malam. Tahun kebesaran umat islam sempena penghijrahan baginda Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekkah ke kota Madinah. Tahun yang penuh kebanggaan dan kemegahan, dalam meniti arus kehidupan yang penuh onak dan cabaran.
Awal Muharram disambut dengan penuh pengharapan dan keimanan bagi memohon keampunan pada yang Esa. Doa akhir tahun dan awal tahun dibaca pada malamnya, diisi dengan ibadah-ibadah sunat seperti membaca Al-Quran, solat hajat dan lain-lainnya bagi mendapat keberkatan dariNya. Muharram, yang merupakan bulan pertama dalam Kalender Hijriah, termasuk diantara bulan-bulan yang dimuliakan (al Asyhurul Hurum). Sebagaimana
firman Allah Ta’ala :
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya terdapat empat bulan haram." (At- Taubah :36).

Keutamaan dan amalan
Bulan Muharram merupakan suatu bulan yang disebut sebagai “syahrullah”(Bulan Allah) sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW, dalam sebuah hadis. Hal ini bermakna bulan ini memiliki keutamaan khusus kerana disandingkan dengan lafdzul Jalalah (lafadz Allah). Para Ulama menyatakan bahwa penyandingan sesuatu pada yang lafdzul Jalalah memiliki makna tasyrif(pemuliaan), sebagaimana istilah baitullah, Rasulullah, Syaifullah dan sebagainya. Rasulullah bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah yaitu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim)
Di bulan ini juga disunatkan kita berpuasa bermula dari awal muharram sehingga tarikh sepuluh muharram dan padanya terdapat sebuah hari yang dikenal dengan istilah Yaumul
'Asyura, yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. Asyura berasal dari kata Asyarah yang berarti sepuluh. Pada hari Asyura ini, terdapat sebuah sunnah yang diajarkan Rasulullah saw kepada umatnya untuk melaksanakan satu bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala. Yaitu ibadah puasa, yang kita kenal dengan puasa Asyuro. Adapun hadis-hadis yang menjadi dasar ibadah puasa tersebut, diantaranya :

1.Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda :
“ Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
2. Ibnu Abbas ra berkata :
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as Syura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
3. Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka Baginda bertanya : "Hari apa ini?. Mereka menjawab :“ini adalah hari istimewa, kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“Maka beliau nerpuasa dan memerintahkan shahabatnya untuk berpuasa. (H.R.
Bukhari dan Muslim)

Muharram vs Azam..
Dalam meniti tahun baru ini juga ramai diantara kita berlumba-lumba memperbaharui azam mereka. Membentuk azam yang lebih baik dari sebelumnya, yang dahulu tidak tercapai oleh cita-cita. Adakah setiap kali datangnya tahun baru, maka perlu kita memetik azam baru?!..tidak sama sekali..bahkan tahun baru hanya sebagai wasilah pembakar semangat baru, jika azam yang dahulu tidak tertunai, maka peningkatan diperlukan untuk tahun seterusnya. Sebuah keazaman perlulah datang dari naluri yang suci bersih supaya ia tidak dinodai oleh noktah-noktah hitam yang menghantuinya sehingga tidak dapat digapainya. Sebuah azam baru itu bagaikan sesegar embun muharram yang menitis jatuh membasahi bumi milik yang Esa. Dingin dan syahdu.

Maka dengan itu marilah kita bersama-sama renungkan dan memperbanyakan amalan serta ibadah kita bagi mencapai keredhaan dariNya. Wallahualam.

Friday, December 19, 2008

Tadhiyah itu Pengorbanan..

Bergemanya takbir memecah angkasa, sayup kedengaran di seluruh pelusuk dunia, Allahu akbar..Allahu akbar..Allahuakbar..walillahilham. Hari ini merupakan hari kegembiraan bagi semua umat islam diseluruh dunia. Aidiladha kembali menjelma menjanjikan seribu erti dan pengorbanan bagi setiap insan,kemeriahan dan kegembiraan disambut dengan keimanan penuh rasa syukur pada Rabbul Izzati yang mengurniakan nikmat sejuta rasa ini.
Tiada lafaz yang terucap, tiada kata yang tertancap melainkan panjatan doa penuh kesyukuran atas peluang yang diberikan untuk kembali merasai kenikmatan ini. Nikmat sebuah pengorbanan dalam meniti kehidupan sebagai seorang insan di atas pentas dunia. Dunia yang penuh lakonan, di sinilah pengorbanan diperlukan dan di situlah pengorbanan dihamburkan. Biarpun genre-genre lakonan tidak menghibur, biarpun ia mencair sepi..tetap pengorbanan itu akan melebur.
" Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra, sejati dan mulia..." dendangan lagu milik suara emas seniman terkenal menjadi satu semangat dalam perjuangan yang diharungi. Biarpun harta setinggi gunung, nyawa seluas lautan tanpa ada pengorbanan kasih dan mesra ibarat debu-debu berterbangan ditiup angin lalu.
Tadhiyah itu pengorbanan?persoalan yang seringkali berlingkar difikiran, membuat otak buntu membatu. Mencari apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tadhiyah itu?..fikir dan fikirkanlah...

Thursday, October 30, 2008

~: Ulasan Buku :~

SINOPSIS

Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Bertitik tolak daripada agenda pembaharuan Islam sejak zaman berzaman, buku ini cuba mengupas secara tuntas pembaharuan yang berlaku dalam sejarah Islam merentas aspek sejarah, definisi tajdid dan islah serta ciri asas pembaharuan Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu tentang sejarah dan perjuangan hidup, idea serta pemikiran yang dibawa oleh tiga tokoh penting pembaharuan Islam, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al–Wahhab, Muhammad ‘Abduh dan Hassan al–Banna. Walaupun terdapat kebaikan daripada pembaharuan yang pernah mereka perjuangkan, namun wujud polemik yang mengundang pergeseran antara pengikut tokoh pembaharuan ini dengan golongan arus perdana. Justeru, penulis membincangkan polemik tersebut dengan memberi penekanan kepada bidaah dan konsep pegangan terhadap mazhab.

Buku ini diharap dapat dijadikan wadah panduan dan pedoman kepada umat Islam khususnya ibu bapa, guru, pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi serta para pelajar di peringkat sekolah menengah di Malaysia.

BAB 1 ISLAM DAN PERUBAHAN ZAMAN
Pengenalan
Zaman Rasulullah s.a.w.
Zaman Khulafa’ al–Rashidin hingga pertengahan abad ke–4 H
Zaman pertengahan abad ke–4 H hingga pertengahan abad ke–7 H
Zaman abad ke–7 H hingga zaman penjajahan Barat
Zaman pembaharuan Islam
Rumusan

BAB 2 TAJDID DAN ISLAH
Pengenalan
Definisi dari segi bahasa dan istilah
Definisi menurut al–Quran dan sunnah
Rumusan

BAB 3 CIRI KHUSUS GERAKAN PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKAN
Pengenalan
Dakwah ketuhanan
Tidak mengharapkan ganjaran dunia
Keikhlasan beragama dan beribadat
Sederhana dalam dakwah
Jelas matlamat dan tujuan dakwah
Zuhud dan mengutamakan akhirat
Dakwah tauhid dan keimanan kepada alam ghaib
Rumusan

BAB 4 PENGARUH DAKWAH MUHAMMAD IBN ‘ABD AL–WAHAB
Pengenalan
Riwayat hidup
Ringkasan pegangan dan pemikiran
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh dakwah di Malaysia
Rumusan

BAB 5 PENGARUH PEMBAHARUAN MUHAMMAD ‘ABDUH
Pengenalan
Latar belakang
Faktor pendorong
Gagasan pembaharuan ‘Abduh
Sumbangan dalam dakwah dan pendidikan
Pengaruh Pemikiran ‘Abduh di alam Melayu
Rumusan

BAB 6 IDEA DAN PENGARUH PEMIKIRAN HASSAN AL–BANNA
Pengenalan
Riwayat hidup
Situasi masyarakat Mesir
Idea dan gerakan
Idea pembaharuan
Persepsi umum
Pengaruh al–Banna di alam Melayu
Rumusan

BAB 7 BIDAAH: DEFINISI DAN DALIL
Pengenalan
Definisi Bidaah
Dalil wujud bidaah hasanah
Rumusan

BAB 8 SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT
Pengenalan
Pendapat imam mazhab empat
Solat sunat Jumaat satu syariat
Rumusan

BAB 9 TAHLIL DAN DOA ARWAH
Pengenalan
Sejarah dan kandungan tahlil
Hidangan selepas kematian
Doa dan hadiah pahala kepada arwah
Rumusan

BAB 10 SAMBUTAN MAULID AL–RASUL
Pengenalan
Sejarah
Hukum
Dalil penyokong maulid
Dalil penentang maulid
Jawapan terhadap golongan penentang
Rumusan

BAB 11 KEPENTINGAN MAZHAB KEPADA UMAT ISLAM
Pengenalan
Definisi dan sejarah mazhab
Kepentingan bermazhab
Tujuan bermazhab
Ijtihad dalam mazhab
Taklid
Talfiq dan mencari kemudahan
Rumusan

:: untuk tempahan sila tinggalkan pesanan diruang comment ::

Tuesday, October 21, 2008

Kepuasan atau kesedihan??

Syawal yang berlari hampir sampai ke penghujungnya..tetapi kehangatannya masih terasa. Kepuasan terkuis menyelami jiwa kerna syawal kali ini disambut bersama keluarga tercinta..alhamdulillah. Bertitis-titis airmata menyelar jatuh tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. Ku syahdu ku sayu ku pilu.

Sepanjang tempoh keberadaan di tanah bumi tercinta ku manfaatkn sebaiknya, mendalami pelbagai ilmu, menyelami hati dan jiwa masyarakat..apakah kemahuan mereka, dan yang paling penting berbakti kepada kedua ibubapa sementara mereka masih ada.

(personal opinion)
Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju terutamanya dari segi sains dan teknologi..mempunyai ekonomi yang kukuh..masyarakat yang bersopan santun..hidup aman bahagia walaupun berbilang kaum dan agama. Sebagai sebuah negara yang walaupun kecil tetapi nampak gah dimata dunia..Malaysia tidak terlepas daripada permasalahan sosial yang melanda seluruh dunia. Gejala sosial keruntuhan akhlak dan jenayah di kalangan remaja tidak pernah berdiam diri..ia sentiasa berlegar-legar mengelilingi kehidupan masyarakat setiap hari. Kedengaran kejadian bunuh membunuh, zina, rogol, buang anak tidak pernah lekang dari cuping dan bebola mata kita ini. Persoalannya apakah yang terjadi sebenarnya pada masyarakat kita sekarang? Adakah ia satu fenomena alam atau bencana atau kemurkaan Tuhan??

Sakit telinga dan pijar mataku pabila kejadian-kejadian ini kedengaran dicorong-corong berita setiap hari. Ketakutan dan kemarahan silih berganti menyelinap diri ini, malah kebencian pernah memuncak tatkala berita itu diungkapkan...tapi apakan daya kemampuanku ini hanya sekadar itu..pernah Nabi S.A.W bersabda " Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

Bukanlah hendak dikata diri ini terlalu baik, si hina ini pernah juga melakukan kesilapan, dosa dan seterunya..bahkan mungkin lebih teruk daripada mereka itu dan mungkin lebih hina dari seekor domba. Cuma keinsafan dan taubat dapat menyelamatkan diri ini daripada terus terjerumus kelembah kehinaan itu..Pesanan Luqman Al-hakim kepada anaknya " Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT)."

Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama meng' ISLAH' diri kita semua daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran Ilahi..dengan mendalami ilmu-ilmu agama, menghayati amalan-amalan agama dan seterusnya mempraktikan dalam diri kita dan menyebarkannya kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun seluruh dunia..insyAllah.
" Semoga Amalan kita ini diredhai dan diberkati Allah "

Related Posts with Thumbnails