Wednesday, March 24, 2010

Remaja seks, zina dan hamil..

Salam kembali... sudah lama tidak update blog ini, sawangnya semakin menebal. Berikutan banyak kerja-kerja mendatang yang tidak dapat dielakkan, harap maaf. Semalam sedang survey2 internet terjumpa satu isu hangat dan menarik yang diperbincangkan. Saya copy and paste untuk tatapan dan renungan bersama.

Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]

Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". [Ali Imran (3):14].


Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya". [HR al-Bukhari, (no. 5066)].

Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah.

“Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.

sumber : Ustaz Nor Amin

Friday, February 26, 2010

Maulid Nabi : Memperkasa ketabahan Rasulullah dalam diri kita

Tidak pernah tersembunyi suaranya, dan tidak pernah hilang gemanya, namun mereka tetap menuduh atau berpendapat bahawa Rasulullah meremehkan akal mereka dan akan menghancurkan kekuasaan, kewibawaan serta peraturan mereka.

Oleh kerana itu mereka mengumpul kekuatan untuk menghancurkan dakwah Rasulullah s.a.w.

Walaupun mendapat tentangan Rasulullah bertambah berani meneruskan dakwah. Setiap kali mereka memperhebat gangguannya baginda tetap tabah serta bertambah kuat untuk mengatasinya dengan penuh kesabaran.

Kemudian Allah memberi izin berjihad, memerangi mereka maka baginda pun berjihad sampai Allah memberikan kemenangan kepada agamanya. Maka orang yang kelmarin menjadi musuh akhirnya menjadi kawan.

Demikian juga orang yang musyrik berduyun-duyun masuk agama Allah, mereka menjunjung tinggi syiar Allah bahkan mereka menjadi orang yang menyediakan jiwa raga mereka untuk Allah dan RasulNya.

Sabar menerima gangguan kaum musyrik

Rasulullah sabar terhadap gangguan-gangguan orang musyrik dengan ucapan-ucapan mereka yang menusuk hati. Sesungguhnya amat sakit rasanya luka yang ditimbulkan oleh tajamnya ucapan-ucapan yang dilontarkan mereka.

Apalagi dalam masyarakat yang amat mendambakan pujian dan nama baik dan sangat benci kepada celaan dan ejekan.

Rasulullah s.a.w. pada permulaan dakwahnya ingin sekali dipercayai oleh kaumnya untuk mengangkat mereka dari lembah kesesatan ke puncak hidayah dan petunjuk Allah dan dari buta agama kepada mengerti akan kebenaran.

Memang baginda telah dikenal oleh kaumnya sebagai seorang yang berakal, bijaksana, benar, dapat dipercaya dan ‘iffah. Mereka belum pernah mendengar baginda berdusta dan belum pernah pula mereka menemukan sifat yang buruk.

Namun orang-orang musyrik menentang dan melawan yang benar. Mereka takbur dan enggan meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka.

Mereka sengaja membuat-buat dusta bahkan mereka menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai seorng yang bermimpi, banyak angan-angan, menceritakan apa yang dikhayalkannya dan yang dilihat dalam mimpinya.

Mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat kepada baginda, dengan cara-cara yang biasa diucapkan oleh penyair-penyair mereka yang penuh berisi khayalan yang sangat mahir melebih-lebihkan sesuatu dan pandai mempengaruhi orang awam. Mereka mengatakan bahawa baginda seorang gila, padahal baginda adalah orang yang paling cerdas dan paling berakal di antara mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahkan mereka berkata (pula) (Quran itu adalah) mimpi yang kalut, malah diadakannya bahkan dia sendiri seorang penyair, maka dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana Rasul-Rasul yang telah lalu diutus”. (Al-Anbiya: 5)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Dan mereka berkata: “Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair”. (AshShaffat:36)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Bahkan mereka mengatakan dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya”. (AthThuar:30)

Maksudnya kami menunggu-nunggu kecelakaan baginya semoga dia ditimpa bahaya atau mati sehingga kami selamat daripadanya.

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila”. (Al Hilr:6)

Tetapi Allah telah membersihkan Rasulullah dari tuduhan yang bermacam-macam yang buruk itu dengan FirmanNya yang bermaksud: “Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya”. (Al-Haaqqah 41-42)

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Demi Qalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila”. (Al Qalam:1-2)

Ramai orang musyrik yang mengganggu Rasulullah dan menyakiti baginda dengan perbuatan-perbuatan jahat disebabkan kemarahan, kehilangan ‘akal’, dan kebodohan mereka.

Mereka hendak menghalang-halangi baginda dari agama Allah. Supaya putus asa dari keberhasilan perjuangannya dan supaya para pengikutnya meninggalkan baginda. Walaupun demikian baginda tetap menghadapi perbuatan mereka yang jahat itu dengan kesabaran yang dapat membawanya kepada kemenangan.

Dengan tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menggagalkan tujuan mereka.

Kesabarannya yang luhur ini cukup menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah benar dalam menyampaikan risalah dari Tuhannya. Keraja jika tidak demikian baginda tidak akan tahan menderita dalam menghadapi permusuhan mereka, sedang baginda tidak pernah menginginkan kekayaan harta benda.

Oleh kerana itu berduyun-duyunlah orang-orang memeluk agama Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan.

Mereka pun berani menderita dalam menghadapi gangguan-gangguan orang musyrik dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa bahkan mereka dengan sukarela membela Rasulullah. Mengorbankan segala sesuatu demi untuk menghadapi tentangan musuh-musuhnya

Saturday, February 20, 2010

Aktiviti Bebas si Debab..

Malam yang boring ni saya nak update about my pets iaitu 'Debab a guinea pig( bunyi xsdp) mice'. Ok sekarang umonya sudah masuk 3 minggu dlm jagaan saya dan saya sudah faham serba sedikit perangainya yang mengada-ngada tuh..

1. Makan pun semakin memilih-demand tul, kalau dulu bagi apa-apa je mesti dia ratah sampai habis tapi sekarang nak sayur-sayur yang berbau je.. Bagi roti pun wat dono jer, sekarang umah ia sudah ada semut kerumun roti yang tak habis tu, padan muka ia!!..

2. Makan pun nak kena suap @ acah-acah.. mengada-ngada ia semakin menjadi-jadi iskh2.. macam nak geget-geget jerk.. wat sup sedap jugak nih.

3. Malu-malu pig tikus konon, asyik dok dalam umah dia jerk.. bila orang takde baru nak kuar.

4. Pandai mogok sekarang ni.. kalau takde makanan aritu, ia akan geget-geget umahnya yang diperbuat dari kayu tuh.. Kalau roboh rumah tuh jangan harap nak wat baru... padan muka ia lagi!!

5. Sudah pandai tiru aksi wonderpets.. joget and nyanyi-nyanyi.. korang tak percaya??

6. Apa lagi eak.. korang tengok sendirila pic-pic nih...hehe..







Oklah setakat ni je yang saya mampu untuk cerita aktiviti terbaru Debab, malas nak cerita lebih-lebih nanti dia bangga dapat masuk blog - famous la konon.

p/s : yang no. 5 tu kalau korang percaya, koranglah orang yang paling malang...huwahuwahuwaaarggghhhhhh..ngantok pulak..

Wednesday, February 17, 2010

Aku, cina dan raya cina...


Kceng3x...keboom3x... riuh sungguh malam ni dengan bunyi tarian cina diselangi bunyi mercun. Arghh... tension aku kat umah yang berjiran dengan cina, tak boleh nak layan blues langsung..huhu. Aku intai-intai ditingkap apa yang diorang lakukan. Banyak kereta parking depan rumah aku, ini pasti anak-anak apek dan nyonya depan rumah aku dah balik. Aku usha-usha amoi cun yang selalu aku dengan abang aku rebut-rebut siapa dapat tackle masa kecik-kecik dulu. Tak nampak, mungkin dia kat dalam rumah.

Masa tu aku baru darjah 5, abang aku pulak tingkatan satu, si amoi tu kira-kira umo 15 tahun lebih kurang. Nama dia Wu Leen, boleh tahan getahnya, putih melepak selalu pakai t-shirt dengan seluar seteng paras peha. Anak nyonya depan ni semua lawa-lawa tapi yang selalu aku nampak Leen ni saje, mungkin akak-akak dia sudah kahwin dan bekerja diluar. Aku agak-agak si Leen ni anak bongsu sebab tiada budak kecik lagi dirumahnya.


Setiap kali tahun baru cina, mesti Leen datang umah aku hantar hamper dan angpau. Kadang-kadang dapat limau sekotak, kadang-kadang dia bagi kek atau kuih pau tapi aku beritahu awal-awal secara baik kitorang tak makan benda-benda macam ni, dia faham dan senyum. Manis sungguh senyuman dia, berdupdap-dupdap hati aku bila nampak dia. Kalaulah aku dapat dia...ok,berangan.

Lepas UPSR aku dapat tawaran sekolah asrama penuh, arghhh.. tak dapat lagi aku jumpa si Leen nanti. Mesti abang aku yang dapat nanti sebab dia bersekolah disitu saje, oh tidak!!! Tiap kali pulang cuti aku mesti usha-usha dia tapi Leen tak kelihatan lagi. Aku tanya mak dengan selamba "mana Leen? tak nampak pun kelibat dia sekarang". Mak cakap Leen dapat tawaran UiTM, aduuhhh melepas aku lagi. Mesti dia pun jarang balik rumah, kalau balik pun masa tu aku di asrama. Sampai habis SPM aku dengar Leen sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya. Choii.. ok, abaikan itu cerita zaman-zaman nakal aku dulu.


Sebelah rumah nyonya tu pula, tinggal cina janda anak tiga. Rumahnya tepi sekali sebelah dengan kebun ayah aku. Ayah aku selalu gaduh dan geram dengan janda tu. Apa taknya habis dia tebas pokok-pokok yang ayah aku tanam, lepas tu bakar tokong bawah pokok nangka ayah aku. Keluarga kami antara yang terawal tinggal ditaman ini jadi masa itu belum ramai lagi yang duduk. Bila ada tanah kosong ayah aku pun tanam pokok-pokok nangka, cempedak, pisang, jagung, daun pandan, daun kesum, betik, cili padi, ubi kayu, pucuk manis dan macam-macam lagi.


Walaupun gaduh-gaduh, tiap kali raya mesti dia hantar buah tangan untuk kami, ayah aku pun kadang-kadang beri pisang setandan dua pada keluarganya. Pernah arwah mak aku menjadi penyelamat rumahnya yang hampir terbakar. Masa mak aku sedang bersih-bersihkn kebun, tiba-tiba nampak asap berkepul-kepul keluar dari dapur rumah janda tu. Mak aku ketuk rumahnya nyata tiada orang dirumah, lantas mak aku panggil jiran sebelah yang kebetulan ada rumah. Setelah dapat pecah pintu dapur, ketika itu api sudah pun menjilat hangus dapur gas tapi masih tidak marak lagi.

Seketika kemudian janda tu dan anak-anaknya pulang dari sekolah, masa itu api sudah padam. Jiran aku memberitahu perkara sebenar dan bagitahu yang mak aku yang menyedarinya dahulu. Dia berterima kasih sangat-sangat pada mak aku. Sebenarnya punca kebakaran dari api air yang dimasak lupa hendak ditutup semasa keluar rumah pagi tadi. Orang buat jahat tak semestinya kita balas jahat kan?! tak gitu.


Banyak lagi kisah aku dengan cina ini, yang masih aku ingat masa tingkatan satu di sekolah biasa sebelum aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Masa pemilihan kelas ada ujian dan aku dapat first class eh.. class first. Masa itulah aku kenal dengan seorang budak cina ini, nama dia Eng Gui Leak - lelaki. Orangnya simple dan sekacak aku. Aku dengar dia adalah top student masa disekolah rendah dan mendapat UPSR antara terbaik di Malaysia. Bukan aku yang mendekati dia tapi dia yang tiba-tiba datang hendak kawan dengan aku. Mungkin aku ni macho, cute, funny dan seangkatanya..haha. Perasan. Tak lama selepas itu dia berpindah dapat tawaran MRSM kat Balik Pulau, Penang. Seminggu lepas tu aku pulak terpaksa melepaskan pergi awek-aweks di sekolah itu..haha.

Argghhh..apa yang aku cerita ngarut pasal cina malam ni!!.. sebenarnya aku pun dah lima tahun tak sambut raya cina ini atas alasan yang kukuh = aku diperantauan yang tiada perayaan ini. Nanti balik ke rumah aku di Taman U.P.C yang tercinta ini akan aku sambut secara besar-besaran diatas katil (tido). U.P.C ?? korang tau tak apa maksudnya. Ada yang menterjemah dengan Untuk Penduduk Cina tapi 70% penduduk taman aku adalah melayu, 20% cina dan 10% india. Ada yang mulut jahat cakap Untuk Penduduk Cacat...haa..korang gelakla puas-puas!! tak apa abaikan. Tapi hendak sedapkan hati, aku terjemahkan sendiri ~ Untuk Penduduk Cemerlang, Terbilang dan Terbuang, amacam best tak?

Oklah.. kepala dah berat, mata dah rapat, mulut dah menguap. sekian choww...salamzz.

P/s : korang dah baca?? tak puas hati?? komen arrrggggg..opss terlebih sudah

Related Posts with Thumbnails